Obama, Isteri sampaikan Salam Aidilfitri
Related posts:
PENGUMUMAN
(1) Dapatkan pelbagai tips menarik di Forum Tips BHO
(2) Pastikan anda mendaftar segera di Forum BHO bagi berkongsi maklumat dan pendapat.
(3) Hiburkan hati anda dengan pelbagai lawak dan jenaka di Forum Lawak Jenaka
(4) Dapatkan pelbagai info dan maklumat yang bermanfaat di Forum Agama
(5) Jangan pendamkan perasaan berbekam di hati. Luahkan di Forum Tak Puas Hati
(5) Ingin beriklan di BHO Blog? Sila ke Forum Iklan BHO Blog
(6) Berasa bosan sedikit? Ingin hiburkan hati 5 minit? Sila ke BHO Games Center
Abdullah Kassim nil
Kita patut fikirkan perkara ini.Ketua Negara Besar Dunia pun tahu menghargai bulan-bulan yang mulia bagi umat Islam kita didunia, sepatutnya kita pasti lebih tahu dari Obama tentang bulan-bulan yang mulia ini.
Obama tahu masyarakat Islam memberi sedekah kepada fakir miskin,orang yang lapar dan yang ditimpa penyakit. Tapi yang peliknya ada diantara kita suka menghabiskan wang ringgit dengan melancung ikut stail orang barat. Tengok dunia konon.Belakang rumah sendiri tak tahu siapa penghuninya tak kisah.Dahlah gitu cerita kat kawan-kawan I dah pergi Hawaii,Bali,AS,UK dan sebagainya dan ada pula nak tujuk alim “I dah pergi Umrah dan Haji dua kali dan I tahu selok belok disana dan kali I nak pergi sendiri…….”
Itulah Orang kita ni suka menunjuk-nunjuk pada hal yang dibuat tu salah……..? Sedekah begitu juga Check aja sama tinggi dengan badan sampai tak nampak orang yang bagi Check tu sebab nak tunjuk jumlah check tersebut, padahal itu bukannya sedekah kalu nak tunjuk……..?.
Begitu juga nak bagi makan fakir miskin penuh satu muka surat khabar nak beritahu yang dia bersedekah;tapi yang peliknya masih ada yang minum air longkang,duduk dalam rumah tak macam rumah.Sebab apa jadi begini? Lu fikirlah sendiri.
Kesimpulan nya sekarang Bukan Islam lebih tahu tentang Islam dari umat Islam itu sendiri. Abdullah Kassim(Quote)
asmaradana69
Bukan Islam lebih tahu tentang Islam dari umat Islam itu sendiri. Inilah kesimpulan oleh Abdullah Kassim berdasarkan berita Obama ucap salam aidil fitri.
Mengapa perkara ni terjadi? Baiklah kita ambil saja Malaysia sebagai skop perbincangan.
Di Malaysia, Melayu adalah Islam dan Islam mesti orang Melayu. Lahir sebagai Melayu bermakna Islam lah orang itu. Namun demikian, berapa ramai yang menghayati dan memahami Islam. Tahu ke Rukun Islam dan tahu ke Rukun Iman. 6 tahun di sekolah rendah 2 benda wajib ni dititik beratkan ke? benar memang ada dalam sukatan pendidikan agama 2 perkara tu, tapi persoalannya dititik beratkan ke? Pendidikan Agama Islam sebenarnya tak penting! buktinya dalam UPSR ada ke subjek ni?
Tak mengapalah jika sek.keb. tak titik beratkan subjek agama, bagaimana pula dengan kewujudan sek.ren.agama? Adakah diambil berat oleh para pemimpin Melayu yang mengaku Islam? Berapa ramai pemimpin atau orang Melayu yang telah kaya yang mengambil sek rendah agama ini sebagai anak angkat? dan berapa ramai dari kita yang menitik beratkan pendidikan anak – anak kita di sekolah agama ini? Pengalaman dan pemerhatian saya, sekolah agama ini menjadi kelas kedua bagi kita orang Melayu. Martabat dan ketinggian ilmu di sekolah agama tidak diletakkan di tempat yang sesuai.
Begitu juga dan para pemimpin berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam. Kepentingan politik dan budaya politik popular lebih menjadi keutamaan. Timbul isu yang menjadi perhatian ramai, maka berkokoklah dia. Contoh terdekat kes sebat Kartika. Ramai ahli politik yang hulur tangan nak bagi bantuan. Berbagai ulasan diberi sehingga ada ulasan itu kelihatan merendahkan kesucian agama. Begitulah di Malaysia. Semoga kita berjaya mengubah ini semua. asmaradana69(Quote)