Padah miliki senjata buatan sendiri

August 31, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


JOHOR BAHRU: Hobi seorang pesara tentera mengumpul senapang angin membawa padah apabila dia yang memiliki dua laras senjata terbabit ditahan Jumaat lalu selepas polis menerima maklumat orang awam berhubung perkara berkenaan.

Pemeriksaan di kediaman pesara tentera itu di Jalan Gunung Ledang, Kampung Relau di sini, menemui senapang angin buatan sendiri disembunyi di bawah almari dapur.

Hasil serbuan jam 11.30 malam itu, polis yakin kedua-dua senapang angin terbabit adalah buatan sendiri.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui dari mana atau bagaimana suspek memiliki senapang angin itu.

“Polis menyiasat sama ada senjata itu dihasilkan sendiri atau dibeli daripada pihak tertentu. Mengikut harga pasaran, senapang angin boleh dibeli sekitar RM400.

“Selain itu, kedua-dua laras senjata terbabit akan dihantar ke makmal bagi menjalani ujian balistik. Ujian berkenaan perlu untuk memeriksa sama ada ia pernah digunakan atau sebaliknya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun senapang angin, ia menggunakan peluru khas untuk menembak sasaran dan jika digunakan terhadap manusia, kesannya memudaratkan.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply