Pakar Switzerland dijemput bantu autopsi

August 11, 2012 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


RAMALLAH -  Kumpulan pakar dari Switzerland dijemput ke Tebing Barat untuk membantu prosedur autopsi bagi menentukan punca kematian bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang dikatakan meninggal dunia akibat diracun  dengan polonium-210.

Keputusan itu diumumkan, kelmarin susulan daripada pendedahan pakar dari Switzerland, bulan lalu yang mendapati Arafat mungkin diracun berdasarkan penyelidikan dilakukan ke atas beberapa sampel pakaian sebelum beliau  meninggal dunia pada 11 November 2004.

Awal bulan ini, balu dan anak perempuan Arafat mengemukakan tuntutan kepada mahkamah di Perancis untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)  tersebut.

Pelbagai spekulasi berhubung kematian misteri beliau diperkatakan semula selepas kumpulan doktor yang merawatnya di sebuah hospital di Perancis juga gagal menemui punca sebenar kematiannya. Sinar Harian Online

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. iam says:

    mungkikah Arwah Yasser Arafat di racun oleh Pihak Yahudi?

Leave a Reply