Damai Yang Hilang
RAMALLAH: Pemimpin Palestin buat kali pertama mengaku tidak mendapat sokongan mencukupi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengiktiraf negara Palestin yang merdeka.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Majlis Keselamatan PBB menerima laporan menyebut belum ada kata sepakat di kalangan 15 negara anggotanya mengenai permohonan menjadikan Palestin anggota baru badan dunia itu.
Sembilan undian diperlukan untuk kelulusan tetapi mana-mana lima negara anggota boleh menggunakan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan Britain. Amerika dan Israel menegaskan negara Palestin hanya boleh wujud menerusi rundingan.
Menteri Luar Palestin, Riad Malki, memberitahu agensi berita kelmarin: “Jelas sekarang, kami tidak akan memperoleh sembilan undi kerana campur tangan Amerika.”
Namun, mereka masih boleh memohon kepada Perhimpunan Agung PBB. Palestin memulakan usaha mereka di PBB September lalu, membayangkan kemarahan berhubung rundingan damai dengan Israel tergantung.
Terdahulu, 15 negara anggota Majlis Keselamatan tidak mencapai kata sepakat berhubung permohonan Palestin menganggotai PBB, menurut deraf laporan diedarkan kelmarin.
Laporan empat muka surat itu yang diperoleh Associated Press menyebut anggota majlis terbahagi antara mereka yang menyokong keanggotaan Palestin, mereka yang tidak dapat menyokongnya sekarang dan mereka yang menentang kerana percaya permohonan tidak memenuhi kriteria keanggotaan.
Selepas menilai deraf laporan, Duta Portugal ke PBB, Jose Filipe Moraes Cabral, yang menjadi Presiden Majlis Keselamatan, merumuskan jawatankuasa kemasukan tidak dapat membuat cadangan sebulat suara kepada Majlis Keselamatan.
Lima belas negara anggota itu, yang mengandungi jawatankuasa kemasukan, diberi deraf berkenaan untuk menilai dan diminta memberikan sebarang cadangan menjelang semalam.
“Kami akan meneliti sama ada akan memindanya lagi,” kata Duta Perancis ke PBB, Gerard Araud.
Jawatankuasa kemasukan penuh dijangka mengadakan pertemuan esok, dan diplomat berkemungkinan meluluskan deraf berkenaan dan menghantarnya kepada Majlis Keselamatan. Apa yang akan berlaku seterusnya masih samar.
Salah satu penyokong Palestin dalam majlis berkenaan, berkemungkinan Lubnan atau Afrika Selatan, akan menyerahkan resolusi mencadangkan keanggotaan Palestin diundi dalam badan itu, kata diplomat yang enggan dikenali.
Bagi membolehkan resolusi itu diterima majlis, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan mesti mengelak veto daripada mana-mana anggota tetap iaitu Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis. – AFP
credit: Bharian.com.my
——————————————————————————–
Sampai bilakah rakyat Palestin harus menderita? Zalim-zalim
Carian BHO
- negara yang tidak diiktiraf pbb
- negara diiktiraf pbb
- negara yang tidak diiktiraf oleh PBB
- negara- negara yang tidak diiktirafkan oleh pbb
- berita palasten
- berita undi
- palestin takkan merdeka
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Lelaki Palestin tikam warga Israel
- Israel ulangi pendirian mahu diiktiraf
- Palestin tuntut peta sempadan
- Jangan lagi bagi muka
- Askar Israel bunuh petani tua Palestin
- Palestin sedia hadapi Zionis
- Diskaun 20 peratus bagi 4 lebuh raya sempena merdeka
- Israel minta diiktiraf
- Palestin beri kata dua
- Negara Palestin pasti wujud