
Sepasang pasangan kekasih yang juga orang kelainan upaya (OKU) dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, di sini, pagi semalam.Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur, sebelum datang ke negeri ini dengan menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang untuk bernikah di Thailand.
Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan bertindak untuk bernikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang oleh ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya gagal menguruskan rumahtangga disebabkan tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembam, manakala wanita itu mengalami kecacatan fizikal serta berkerusi roda.
Malah, pasangan berkenaan yang berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur itu sebelum menjalinkan hubungan cinta.
Lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita terbabit sejak 17 Oktober lalu, sebelum dicekup berkhalwat pagi semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah dari empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, pada jam 9.15 pagi.
Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja T dan berseluar pendek paras paha.
“Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya mengerekot, manakala pasangannya pula kelihatan normal tetapi mengalami masalah lembam.
“Wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya di sini, semalam.
Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.
Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.
BHO Blog – Masalah itu pasti tidak akan timbul jika keluarga pasangan OKU berkenaan tidak menghalang niat mereka untuk berkahwin.
sumber maklumat : http://bharian.com.my/
Carian BHO
- khalwat orang tua
- rayuan denda khalwat
- resign dari kerja jururawat
- mati lemas di pantai sepat
- kes khalwat di kulim kedah kelmarin
- elak denda hukum tangkap khalwat
- kes khalwat di brunei
- khalwat di kulim
- berita khalwat budak 9 tahun
- Tangkapan khalwat Perak
- berita harian tangkap khalwat 23 april 2012 jitra kedah
- tangkap khalwat di hotel mahal alor setar
- Pegawai imigresen di tangkap khalwat
- bekas pelajar ipta ditangkap khalwat
- khalwat anuar
- kes khalwat guru di hotel langkawi
- polis kulim tangkap
- muhammad suhaemi berita malaysia
- nenek curang di alor setar
- operasi cegah maksiat di georgetown penang
- kes tangkap khalwat di melaka
- membawa pasangan di langkawi
- melaka kes khalwat
- masa operasi khalwat
- kulim tangkap basah
- kulim khalwat
- khalwat metro
- masalah khalwat disebuah negeri
- khalwat definisi
- ORANG KURANG UPAYA BUAT JENAYAH
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Pasangan pelajar agama dicekup khalwat
- Pasangan guru dicekup khalwat
- Pasangan dicekup khalwat dedah sindiket kahwin palsu
- Nenek, pemuda dicekup khalwat
- Penyampai radio dicekup khalwat
- Pasangan tak serik ditangkap khalwat kali kedua
- Pelakon nafi peluk, cium pasangan khalwat
- Cekup khalwat sekali lagi
- Pasangan lagak suami isteri dicekup
- Jutawan khalwat