Pasangan sumbang mahram kembali bersama

July 13, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



NICK CAMERON dan adik tirinya.

GLENROTHES, Scotland – Seorang abang dan adik perempuannya yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram kini tinggal serumah, dua tahun setelah mereka dilarang melakukan hubungan seks oleh seorang syerif di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan, Nick Cameron, 30, berpindah untuk tinggal serumah dengan adik tirinya, Danielle Healey, 25, di sini.

Pasangan adik beradik tiri berkenaan dilahirkan oleh ibu yang sama berdepan hukuman penjara sekiranya mereka kembali berasmara.

“Sekiranya mereka didapati kembali melakukan perkara tidak senonoh itu, pasangan tersebut akan diheret ke mahkamah. Ibu Danielle tinggal berdekatan. Agak ganjil abangnya tidak mahu tinggal dengan ibu mereka,” kata satu sumber.

Adik beradik itu menggemparkan media Scotland apabila mereka mengaku melakukan sumbang mahram selepas ibu mereka melihat kedua-duanya berpelukan sambil berbogel.

Hubungan terlarang itu terjalin beberapa minggu selepas mereka bertemu buat kali pertama pada musim panas 2006.

Sebelum ini, Danielle dipelihara oleh ibunya manakala Nick pula tinggal dengan keluarga angkat.

- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply