PBNS dikecam gara-gara harga tiket naik


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa kecewa selepas beliau dan pihak persatuan menjadi sasaran kecaman peminat dan penyokong pasukan Hoben Jang Hoben yang kecewa selepas harga tiket dinaikkan.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan menjelaskan bahawa, PBNS sudah pun membantu penyokong bola sepak dengan membuat surat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapi tiada sebarang tindakan.

“Setakat hari ini baru lebih kurang 500 tiket terjual di Negeri Sembilan, kita harap penyokong memahami kerana ini bukan kuasa kita (penentuan harga tiket) jadi, janganlah sampai suruh presiden letak jawatan, tidak baik buat tuduhan melulu kerana orang yang kita tuduh itu berperasaan,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Datuk Vs Mogan yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.

Katanya, perlawanan akhir pasukan Negeri Sembilan melawan Terengganu diuruskan oleh FAM dan beliau sendiri berasa terkejut apabila FAM menaikkan harga tiket. — Bernama

 

BHO Blog - Memang rata rata peminat bola sepak tempatan menyifatkan harga tiket bola final Piala Malaysia 2011 nanti tidak masuk akal.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Penyokong kecoh harga tiket naik
  2. Naik harga tiket bas 10 peratus
  3. Presiden PBNS mula ‘naik angin’
  4. 22,000 tiket habis dijual
  5. Tiket final RM30 dijual esok
  6. 15,500 tiket dijual di KBRI
  7. Penyokong emosi tiket bola habis
  8. Isu harga ayam naik mendadak
  9. PBNS kemuka surat bantahan
  10. Harga naik 10 peratus

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah