Peguam dijel 5 tahun, tiga sebatan

August 30, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Selepas 14 tahun menghadapi perbicaraan kes pecah amanah, seorang peguam akhirnya didapati bersalah dan dipenjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.

Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap R Chandrasekaran, 48, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah bagi pertuduhan berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Chandrasekaran sebagai ejen pemegang saham didakwa melakukan pecah amanah terhadap cek bernilai RM99,969.52 yang diamanahkan pelanggannya berkaitan pembelian 147 ekar tanah di Ulu Yam, Selangor yang bernilai RM10 juta oleh pengadu, Ho Kam Paul, 48, yang juga seorang peguam di Pejabat C Ramanathan & Associates, Jalan Memanda 9, Ampang Point antara 23 Disember 1995 dan 10 Januari 1996.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh juga dikenakan denda.

Peguam tertuduh, M Puravalen memohon penangguhan hukuman untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Noradidah kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan mengenakan jaminan RM25,000 sehingga permohonan rayuan tertuduh di Mahkamah Tinggi selesai.

BHO Blog ~ oh..seksanya 14 tahun nak turun mahkhamah.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Jenayah, Tempatan

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply