Pekerja Malaysia Bekerja Lebih Lapan Jam Sehari "STRESS!"


Maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara

http://2.bp.blogspot.com/_zEX0VniJJbA/S0FYpMyaEeI/AAAAAAAAB9o/o80t7E2ojxA/s400/back_to_work.jpg

KUALA LUMPUR – Hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut dapatan kajian global terbaharu dari Regus.

Regus, penyedia tempat kerja fleksibel terbesar di dunia, telah mendapatkan maklum balas daripada lebih 12,000 ahli perniagaan di 85 negara.

Alasan tekanan pada waktu bekerja yang boleh dipertikaikan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan disebabkan pemulihan dalam ekonomi yang perlahan di ekonomi matang dan sebaliknya sangat pantas dalam ekonomi baharu muncul, kata Regus dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Naib Presiden Regus Asia Tenggara, Australia dan New Zealand, William Willems berkata, kajian itu mendapati terdapat kekaburan mengenai garisan kerja dan rumah.

Kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat dari segi fizikal, katanya.

“Sambil kajian kami mendapati pekerja yang bekerja di tempat yang jauh dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah,” katanya, sambil menyatakan para pekerja sedemikian biasanya kurang melakukan perjalanan, sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

Perniagaan yang membolehkan warga kerja masing-masing bekerja dari lokasi yang berdekatan rumah dan menguruskan masa secara bebas akan menyeimbangkan tekanan keseimbangan kerja dan kehidupan dan menjadi lebih produktif, komited dan lebih sihat, katanya. – Bernama

credit:Kosmo! Online

—————————————————————————————————————————————

Bekerja lebih dari lapan jam sememangnya memenatkan. Tapi kedai mamak rileks je buka 24 jam….?


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Gaji pekerja Malaysia lebih rendah
  2. Malaysia ideal, selamat untuk pekerja Indonesia
  3. Korea Selatan timbang masa bekerja lebih awal
  4. Tiga hari habuan nafsu lapan pekerja kilang
  5. 50 agensi pekerja asing beroperasi secara haram
  6. Lebih separuh remaja mengaku pernah berzina
  7. Indonesia kini lebih sangsi Malaysia
  8. Pekerja mahu transformasi direalisasi
  9. Lebih separuh orang Malaysia hidap obesiti
  10. Ubah cara bekerja tingkat daya saing