Pelabur runcit perlu pendedahan terhadap pasaran Asean

January 17, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Pelabur runcit tempatan perlu lebih pendedahan terhadap pasaran Asean dan mengambil peluang perniagaan ketika berlangsungnya persidangan Strategi Pelaburan Runcit Asian 2012 di Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Perbankan Maybank, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata, sekarang ini, kebanyakan peluang diambil oleh pengurus dana institusi dan perniagaan rangkaian tinggi.

Menurutnya, objektif persidangan itu adalah untuk mendidik pelabur runcit tempatan mengenai, bagaimana melabur di pasaran Asean.

“Kami perlu mempunyai instrumen yang betul. Dengan persidangan ini, kami berusaha mendidik orang awam mengenai kemungkinan melabur di Asia,” katanya.

Credit – Sinar Harian Online

Beliau berkata, instrumen penting lain adalah menggunakan teknologi ter kini sebagai bantuan pelaburan menggunakan Ipad, Iphone dan Blackberry bagi memenuhi tujuan itu.

Sementara itu, Zafrul berkata, Maybank Investment melancarkan platform mudah alihnya Global Online Training tidak lama lagi, dan ia boleh dimuat turun secara percuma oleh pelanggan daripada laman web.

“Ketika ini, platform itu hanya tersedia bagi komputer dengan pelanggan perlu mengakses masuk ke Internet. Tetapi kami tidak mempunyai aplikasi khusus yang anda boleh klik dan muat naik ke dalam telefon anda,” katanya.

Beliau berkata, Maybank Investment sedang berusaha mendapatkan kelulusan penyedia Iphone, Blackberry dan penyedia syarikat telefon pintar lain, bagi pelaksanaan platform itu.

“Platformnya sudah ada, saya berharap agar dapat dilancarkan pada Februari nanti,” kata Zafrul, sambil menambah, ia juga akan menjadi platform latihan dalam talian global pertama bagi peranti mudah alih.

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Kewangan

About the Author ()

Leave a Reply