Pelatih Puspen merusuh

June 11, 2011 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


LEDANG – Seramai 21 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Muar mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian rusuhan di pusat berkenaan di Sengkang, Bukit Gambir di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun polis berjaya menahan semula seramai 16 daripada 21 pelatih yang meloloskan diri dalam kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Supritendan Mohd. Salleh Abdul Razak berkata, kejadian rusuhan itu bermula apabila sekumpulan pelatih bertindak membakar beberapa bangunan termasuk bangunan pentadbiran, bangunan pemulihan dan stor serta pondok pengawal.

Menurutnya, pelatih berkenaan juga merosakkan lapan kenderaan dan dua motosikal di pusat berkenaan.

Katanya, pihak polis yang menerima panggilan pada pukul 9.15 malam telah tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bagi mengawal keadaan rusuhan tersebut.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat 21 daripada 377 pelatih menghilangkan diri, pihak polis dengan segera menggerakkan operasi bagi menjejaki pelatih yang melarikan diri,” katanya yang memberitahu punca rusuhan tersebut masih dalam siasatan.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply