Peluk Islam

July 2, 2010 | By | 4 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Beberapa kisah menarik yang saya rasakan boleh dijadikan bacaan yang berinformasi 8O

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Di tulis oleh saudara Izo dari blog beliau Izoblog.com

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

* Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

* Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

* Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

* Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

* Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Komen BHO – Peribadinya saya melihat perjuangan orang sebelum kita banyaknya ikhlas dalam sesuatu perjuangan. Kebanyakan pemimpin sekarang terlalu mudah tatkala mendapat kuasa mudah dihanyut gelombang duniawi yang sementara. Orang dahulu menghabiskan harta dan jiwa raga memperjuangkan sesuatu tetapi orang kini mungkin ada yang menghabiskan harta dan masa tapi tatkala dinaikkan darjatnya di sisi manusia mengambil kesempatan itu untuk mengumpul balik harta. :roll: sama2 kita muhasabah diri sendiri termasuk saya. Allahuakbar

Artikel ini bukanlah untuk anda mengagungkan/mendewakan/taksub pada Almarhum/ atau sesuatu kempimpinan itu tapi bagi kita mengenan jasa orang yang sudah menyahut panggilanNya dahulu daripada kita dan menginsafi kekuasaan Allah di mana sahaja. Semoga dilimpahi rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah

—————
Wanita jepun peluk Islam

KEMODENAN dan kecanggihan teknologi sebenarnya tidak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada kehidupan serba moden ialah nikmat dunia.

Pun begitu, kebahagiaan kebendaan ini, kata Monica dan Sunaku, wanita yang berasal dari Jepun tidak menjanjikan ketenangan jiwa atau kebahagiaan rohani yang didambakan selama ini. Ikuti kisah pengislam mereka berdua di bawah ini.

Kisah 1

Dibesarkan pada era teknologi moden yang sedang berkembang pesat di Jepun, Monica turut dikira sebagai seorang yang amat bertuah kerana dikurniakan kehidupan yang boleh dikategorikan selesa serta memiliki ahli keluarga yang begitu mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Apa tidaknya, setiap yang diingini sama ada untuk pelajaran dan kerjaya tidak pernah tidak dipenuhi.

Majoriti penduduk Jepun adalah beragama Buddha, begitu juga dengan ahli keluarga Monica. Namun, sejak kecil, ibu bapanya langsung tidak mengambil pusing soal kepercayaannya sebagai penganut Buddha.

Pada peringkat awal dulu dia kerap memikirkan perkara-perkara seperti kejadian alam, tujuan manusia diciptakan dan kitaran kehidupan. Pertanyaan demi pertanyaan itu bermain di mindanya sehinggalah usia Monica mencecah 20 tahun dan sebaik menamatkan pengajian di peringkat kolej.

Pekerjaan pertama yang diceburi Monica ialah menyertai syarikat penerbangan Jepun sebagai pramugari. Selain menjadikan ia sebagai satu kerjaya, Monica berharap dia akan menemui ketenangan di situ.

Sayangnya, bukan itu yang ditemui malah hidupnya terus menerus dibelenggu rasa kekosongan yang teramat sangat. Jiwanya memberontak kerana apa yang dihajati selama ini belum kunjung tiba.

Ditakdirkan Allah SWT pada 1988, dia menjadi penterjemah kepada delegasi agensi pelancongan dari Jepun di Mesir selama setahun. Sepanjang berada di perantauan itu, menerusi teman-teman sekerja, Monica diperkenalkan dengan agama Islam.

Selepas menamatkan perkhidmatan di Mesir, Monica kembali ke Jepun dan mengambil keputusan mendalami agama Islam dengan harapan persoalan yang selama ini menyelubungi hidupnya akan terjawab.

Monica sekali lagi hampir dikecewakan kerana kebanyakan maklumat yang dikumpul menerusi media massa, bukan sahaja terbatas tetapi telah diputarbelitkan.

Sama jugalah seperti yang disogokkan oleh media-media tempatan dan antarabangsa, sehingga Islam dilabel sebagai agama yang bertunjang keganasan dan ketidakadilan.

Demi mencari kepastian, Monica terus ke Pusat Islam Jepun dan mendapatkan al-Quran terjemahan di situ. Hampir tiga tahun Monica berulang alik ke pusat itu.

Lama kelamaan, dengan kehendak-Nya, Monica semakin memahami dan menghargai agama Islam dan ia berkembang segar dari sehari ke sehari.

Berkat kesabaran dan usaha istiqamah itu, akhirnya terjawab semua kekusutan yang berselirat di fikirannya.

Kalau sebelum ini, dia difahamkan bahawa Islam menindas golongan wanita terutamanya dalam soal poligami. Namun, sebaik mendalami Islam yang syumul barulah diyakini sepenu hati bahawa Islam amat mengambil berat dan menghormati kaum wanita sehinggakan hak-hak mereka tidak pernah dipinggirkan.

Katanya, dia mula mengasingkan diri dan memperbanyakkan berdoa semoga Allah SWT memberi petunjuk ke jalan yang benar, jalan yang diredai dan agar dimudahkan pemahaman kepada Islam.

“Saya juga melakukan meditasi. Saya yakin Allah mempunyai dua buku iaitu buku yang mampu berkata-kata iaitu kitab suci al-Quran dan buku tanpa suara iaitu kejadian alam semesta dan segala bentuk keajaiban di muka bumi ini,” jelasnya.

“Saya merasai cahaya Ilahi menyerap masuk ke seluruh pembuluh darah dan mengalir ke seluruh tubuh ini.

“Cahaya keimanan yang menyerap dalam diri bagai memberi satu kegembiraan, sekali gus merasakan kehadiran Allah dalam setiap saat,” terang Monica penuh kesyukuran.

Malah, Monica ditakdirkan meneruskan kerjaya pramugari dengan penerbangan ke Indonesia selama setahun. Pada ketika itulah, teman-teman dari Indonesia banyak membantunya lebih memahami agama Islam, seterusnya meningkatkan tahap kecintaan Monica kepada agama Allah itu.

Lumrah bergelar mualaf, Monica tidak terkecuali daripada pelbagai dugaan terutamanya daripada keluarga kandung. Namun, ia tidak sedikitpun melemahkan keyakinan bergelar muslimah sejati.

“Saya mula mendirikan solat lima waktu mengikut tertib dan praktikalnya. Selain itu, saya berusaha menguasai bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat suci al-Quran, meskipun ia cuma ayat-ayat lazim.

“Pada 1992, saya ke Mesir dan mengucap syahadah di Universiti Al-Azhar. Kemudian saya mengambil keputusan bekerja di negara Tanah Arab itu.

“Rupa-rupanya jodoh saya juga telah ditentukan Allah dengan lelaki Islam Mesir. Saya terus menetap di sana dan perkahwinan kami
diserikan dengan kehadiran anak perempuan bernama Maryam.

“Alhamdulillah, kini saya hidup bahagian dengan agama Islam dan keluarga baru. Saya banyak menghabiskan masa belajar mengaji al-Quran dan apabila ada masa terluang, saya dan suami akan belajar bersama dan membaca bahan-bahan Islamik,” akui Monica yang berdoa semoga keluarga kandungnya yang masih menetap di Jepun turut menerima nur Islam. Insya-Allah.

Kisah 2

Sunaku hidup serba sederhana malah tidak ada kurangnya daripada segi kebahagiaan dan keselamatan, meskipun dibesarkan oleh ibunya seorang balu.

Sungguhpun begitu, sejak kecil lagi Sunaku tidak pernah merasai erti kegembiraan yang sebenar malah dia selalu dalam situasi tidak tenteram.

Untuk menghilangkan perasaan tersebut, dia selalu sibukkan diri dengan mentelaah pelajaran dan melancong ke luar negara.

“Namun, kerisauan dan kebimbangan yang dialami tidak juga hilang malah bertambah menjadi-jadi. Sehinggalah tamat pengajian peringkat menengah dan menyambung pengajian bahasa Inggeris di England.

“Saya masih ingat semasa cuti pengajian, saya dan seorang teman dari Jepun pergi ke Jordan. Memandangkan teman saya itu pernah ke Jordan sebelum ini, jadi dia telah uruskan penginapan kami dengan satu keluarga di sana yang beragama Islam.

“Saya dapati kehidupan keluarga tersebut begitu praktikal dan teratur. Selain itu, rumah mereka juga sungguh bersih dan kemas. Seperkara yang paling saya tertarik ialah melihat keakraban hubungan mereka sekeluarga, tidak kiralah dalam urusan rumah tangga mahupun kepada orang luar,” kata Sunaku.

Barulah Sunaka ketahui suami adalah ketua keluarga yang mencarikan nafkah untuk mereka anak beranak. Sementara, isteri biarpun duduk di rumah sepenuh masa tetapi mereka bertanggungjawab menguruskan rumah tangga. Yang cantiknya semua tanggungjawab itu dipikul dengan penuh keikhlasan dan reda.

Dia sedar inilah kebahagiaan yang selama ini dia dambakan. Malah Islam yang selama ini difahami sebenarnya bukanlah gambaran yang sebenar tetapi tohmahan segelintir yang berniat jahat.

“Saya sendiri tidak memahami realiti kehidupan seorang Muslim. Ini kerana dia tidak pernah mengenali umat Islam. Apa yang dilabelkan oleh media massa Barat tentang keburukan Islam, itulah yang saya ambil bulat-bulat. Tambah buruk, apabila saya menilai wanita Islam menjadi mangsa terutamanya dalam hal berpoligami.

“Rentetan perjalanan ke Jordan itu, saya mengambil keputusan mempelajari agama Islam agar mesejnya lebih jelas. Sekembalinya ke Jepun, saya ke Pusat Islam Tokyo dan meminta senaskah terjemahan al-Quran dan buku riwayat hidup baginda Rasulullah SAW.

“Sejak itu, saya lebih kerap ke pusat tersebut dan mempelajari daripada ustaz-ustaz yang berasal dari Pakistan, Arab dan tidak terkecuali warga Jepun sendiri,” kata Sunaku yang memeluk Islam enam bulan kemudian.
Kredit kepada Intro2u

———–

Anak Paderi Peluk Islam

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
“cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan – kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
k
- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis….saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu… Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah…….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam…..jatuh cinta…lalu dimurtadkan…purapura …dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM)!!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!!

TOLONG FORWARDKAN!!!
Demi ISLAM…Demi AGAMA yang tercinta…InsyaAllah…

HALALKAH REZEKI KITA….???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN……BAGI ANAK – ANAK KITA MAKAN……NAK SELAMAT DI AKHIRAT ??? KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA !!!
RENUNGKANLAH…………WASSAL AM!!!
kredit – Sepaku

————

Muhammad Ibrahim Ravi peluk Islam selepas puas mengkaji
From: MOHD ZAMIR BIN PAKHURUDDIN

Mereka yang belum Islam sibuk mengkaji Islam sebelum dianuti. Bagaimana pula kita yang mendapat Islam secara ‘free’ melalui pewarisan genetik?
Di manakah tahap pengkajian dan kefahaman kita terhadap agama kita sendiri?
Muhammad Ibrahim Ravi peluk Islam selepas puas mengkaji
Oleh: ZUARIDA MOHYIN
JURUTERA Sistem Teknikal di Vallent Software System (Malaysia), Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Muhammad Ibrahim Ravi bin Gobi, 36, dibesarkan dalam keluarga Hindu yang sederhana. Ayahnya seorang pengurus ladang, manakala ibunya, suri rumah beserta dua adik perempuan.

Akui Muhammad Ibrahim, sejak kecil beliau percaya kewujudan Tuhan dan yakin Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Adil dan amat menyayangi ciptaan-Nya. Malah beliau juga percaya semua perkara dalam penciptaan-Nya adalah logik (dapat diterima akal) dan rasional (wajar).

Lantaran itu, timbul pelbagai persoalan yang mendesaknya untuk mengkaji tentang agama Hindu, Kristian dan Islam.

Ikuti pengakuan beliau bagaimana hidayah Illahi menerpa sehingga bertapak kukuh dalam hatinya pada pertemuan yang dirancang sebelum Syawal lalu.

“Saya selalu tertanya-tanya, Tuhan dikatakan satu tetapi kenapa ada banyak agama dan amalan yang bercanggah. Apa lagi, dalam agama Hindu banyak amalannya bercanggah sesama sendiri dan ini mengelirukan. Jika ditanya, jawapannya tidak memuaskan.

“Situasi ini membuat saya kurang selesa dan jarang pergi ke kuil. Bila ditanya, saya jawab, Tuhan ada di mana-mana, tak perlu saya pergi ke kuil untuk sembahyang. Selalunya, saya memandang ke langit bila berdoa kepada Tuhan kerana saya percaya Tuhan ada di atas sana,” katanya.

Pada usia 18 tahun, keinginan mengetahui perbezaan agama-agama lain tercetus. Saya mula mencari dan membaca. Bermula dengan Hinduism dengan membaca majalah Hinduism Today (bukan satu punca agama Hindu yang betul), satu usaha yang tanpa arah dan memakan masa kerana saya langsung tidak mengetahui tentang kitab-kitab dalam agama.

Alhamdulillah, peluang mengkaji lebih terbuka apabila saya melanjutkan pengajian ke United Kingdom (UK) dalam bidang Kejuruteraan Electronik di University of Brighton. Semuanya dilakukan menerusi Internet dan buku-buku.

Baru saya sedar agama-agama ini mempunyai kitab mereka sendiri dan mereka mengaku kitab itu adalah wahyu atau khabar yang dinyatakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
Kitab agama Hindu yang terkenal dalam bahasa Sanskrit adalah Veda (Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharaveda), Upanishad, Purana, Manusmriti, Ramayana dan Bhagavad Gita manakala kitab Hindu yang terkenal dalam bahasa Tamil adalah Thirumurai (Thevaram), Thirukural dan Thirumantira.

Sementara itu, dengan bantuan paderi gereja Angelican di universiti, beliau mempelajari agama Kristian menggunakan kitab Bible. Begitu juga dengan agama Islam melalui Islamic Propagation Center International (IPCI) di UK serta melalui buku-buku dan video Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik, Gary Miller (Abdullah Ahad Omar) dan Harun Yahya.

Walaupun pada awalnya saya kurang memahami serta agak keliru kerana tidak faham konsep Tuhan sebagai pencipta dan makhluk sebagai ciptaan Tuhan, konsep wahyu (revelation) dan proses penurunan wahyu dan pesuruh atau Nabi Tuhan.
Sekarang, setelah mengkaji kitab pelbagai agama, saya mula memahami bahawa kitab-kitab agama lain juga diwahyukan oleh Tuhan yang Satu cuma tidak semua kitab dipelihara oleh Tuhan dan hanya al-Quran sahaja terpelihara.

Al-Quran juga memberitahu bahawa Tuhan mencipta manusia sebagai khalifah, satu jawatan yang dikhususkan untuk mengawal agama Tuhan dan mentadbir dengannya. Sehubungan itu, saya berpendapat Tuhan asalnya memberi tanggungjawab pemeliharaan kitab kepada manusia tetapi manusia gagal memelihara kitab-kitab kerana nafsu dan godaan syaitan. Oleh itu, al-Quran adalah kitab yang terakhir dan memeliharanya.
Seperkara lagi yang saya keliru pada awalnya ialah tentang Tuhan dan makhluk ciptaan Tuhan. Saya ingatkan setiap agama mempunyai Tuhan masing-masing dan Tuhan mereka mencipta kaum-kaum mereka.

Jawapannya saya temui dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada sepasang lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu saling kenal-mengenal.
Kebenaran ini dapat dilihat melalui kisah Adam di dalam kitab, Thasmad Adama naamaasou Pathnee Havyavathee smritha (Sanskrit) bermaksud: “Manusia bernama Adama (Adam) ingin bertemu dengan isterinya Havyavati (Hava)” [Bhavishya Purana, Prathisarga Parva 4:28]

“Adam menamakan isterinya Hawa, kerana perempuan itu menjadi ibu seluruh umat manusia.” [Bible, Old Testament, Genesis 3:20]

Dan Kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu di syurga ini. (Al-Baqarah: 35)

Tuhan begitu teliti dalam penyusunan ayat supaya manusia dapat perkhabaran-Nya dan keadilan ditegakkan. Firman Allah, Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. (Al-Nisa’: 40)

Memang benar kata Tuhan, nama-nama tersebut merujuk kepada Tuhan yang Satu. Perkataan Allah datang dari dua perkataan asas bahasa Arab, iaitu Al dan ilah yang bermaksud satu-satunya dan yang patut disembah. Maka, Allah bermaksud satu-satunya yang patut disembah, Tuhan kepada semua makhluk, manusia (Islam dan bukan Islam), jin (Islam dan bukan Islam), malaikat, binatang dan seluruh alam ini. Nama Allah juga disebut di dalam Allo Upanishad dan Bible.

Tuhan (Allah) juga menjelaskan bahawa Dialah juga telah menghantar nabi-nabi-Nya kepada semua kaum, menyeru mereka menyembah Tuhan yang satu. Firman Allah: Dan bagi tiap-tiap kaum (yang lalu) ada Nabi yang memberi petunjuk ke jalan yang benar. (Al-Ra’d: 7)

Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya seorang Nabi pemberi ingatan dan amaran. (Fatir: 24)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru): Sembah Allah (sahaja) dan jauhilah Taghut (yang disembah selain dari Allah). (Al-Nahl: 36)

Allah memberi pengakuan Rasul (Nabi) yang dihantar oleh-Nya akan menyeru menyembah Tuhan yang satu, itulah kriteria untuk mengenal Nabi Allah.

Bukti kebenaran kenyataan Tuhan di dalam al-Quran boleh ditemui di dalam kitab Hindu dan Bible seperti berikut; “Ekam evad vitiyam” (Sanskrit) dan “Dia hanya Satu dan bukan dua.” [Chandogya Upanishad 6:2:1]. Nabi Musa berkata: “Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TUHAN, dan TUHAN saja Allah kita!” [Bible, Old Testament, Deuteronomy 6:4]
Akulah TUHAN, tak ada lainnya, Aku Allah Yang Maha Esa (Satu). [Bible, Old Testament, Isaiah 45:5]

Dan al-Quran mengulangi kebenaran, Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa (Satu). (Al-Ikhlas: 1) dan Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa (Satu), tidak ada Tuhan melainkan Dia. (Al-Baqarah: 163)

Selepas menghayati kebenaran Allah, saya tertanya, mungkinkah Krishna, Rama, Buddha adalah Nabi-nabi Allah dan kenapa nama-nama mereka tidak disebut di dalam al-Quran.

Sekali lagi, saya temui jawapannya: Dan (Kami telah mengutuskan) Rasul-rasul yang telah Kami ceritakan tentang mereka kepadamu dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan tentang mereka kepadamu. (Al-Nisa’: 164)

Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu. (Ghafir: 78)

Allah juga mengaku bahawa Dia mengelar pengikut nabi-nabi dahulu sebagai Muslim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Islam (Muslim) dari dahulu. (Al-Hajj: 78)

Maha suci Allah tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada manusia. Walaupun jarak di antara kitab-kitab ini beratus dan beribu tahun bezanya tetapi Tuhan mengulangi kebenaran supaya manusia terselamat. Saya sedar betapa sayangnya Tuhan kepada kita.
Bila dikaji sejarah, kuil Hindu pertama dibina 2000 tahun selepas wahyu diturunkan. Sama juga dengan Buddha, patung pertama dibuat selepas 500 tahun pemergian Buddha. Konsep Tuhan 3 dalam satu di dalam Bible wujud selepas 325 pemergian Nabi Isa (Jesus). Maka dalam tempoh sebelum penyelewengan, manusia memang beribadat dengan cara yang betul.

Terlalu banyak persamaan antara agama dari segi hukum seperti pengharaman arak, tidak boleh makan babi, wanita kena pakai penutup kepala, puasa, zakat dan sebagainya tetapi kenapa amalan mereka terpesong?

Setelah mengkaji, saya dapati punca utamanya adalah tidak faham proses wahyu. Saya ketahui melalui kajian saya bahawa Allah menurunkan wahyu melalui nabi-nabi-Nya. Pada waktu itu, bukan nabi yang berkata tetapi Tuhan yang Maha Esa yang berkata. Manusia pada masa tersebut faham perkara ini, sebab itulah mereka tidak menyembah nabi dan tidak membuat patung berhala untuk nabi.

Selepas beberapa waktu, apabila mereka membaca kitab dengan tiada ilmu mengenai proses penurunan wahyu, mereka menyalah anggap dan menyangka Nabi itu mengaku Tuhan.

Sebenarnya ada ayat-ayat yang lain di dalam kitab yang menerangkan bahawa nabi itu bukan Tuhan, tetapi sebab mereka keliru tentang ayat yang bercanggah ini, maka mereka meninggalkannya.

Beginilah proses wahyu diturunkan, ada ayat-ayat yang menjelaskan satu sama lain. Bila dikaji, jelas semua mereka adalah manusia, utusan Tuhan yang Maha Tinggi.
Benarlah kitab-kitab lain tidak terpelihara sebagaimana al-Quran. Maka wajarlah untuk kita mengikutinya.

Allah juga memberi jaminan bahawa al-Quran adalah petunjuk, dan Dia tidak memaksa sesiapa tetapi menggalakkan manusia mengkaji kitab-Nya. Dia juga sediakan banyak fakta sains yang boleh kita kaji dan pastikan kebenarannya, supaya boleh kita percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ini terbukti dalam firman Allah bermaksud: Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (Al-Baqarah: 2)

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. [Al-Baqarah: 256]

Proses mencari kebenaran ini mengambil masa sekitar sembilan tahun sehingga saya tidak ada lagi timbul keraguan. Sekembali dari UK, saya teruskan kehidupan dengan agama asal sehinggalah pada 23 September 2003 saya melafazkan syahadah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Itupun selepas mendalami Islam dari segi amal ibadat kira-kira enam bulan sebelum pengislaman.

Pada waktu itu kegembiraannya sukar digambarkan dengan kata-kata dan semacam perasaan terselamat. Keyakinan saya bertambah kuat apabila sesuatu yang mustahil berlaku itu dimakbulkan Allah. Namun, sebagai manusia kita perlu sentiasa beringat dan menerima setiap ujian-Nya kerana kejayaan mengharunginya, menjadi kemanisan Islam.
Saya mengambil masa dua tahun untuk memberitahu keluarga dan apabila semuanya terlerai, ia menjadi kejutan besar buat mereka.

Saya melihat kini tidak ramai daripada kalangan mualaf yang menjadi pendakwah. Oleh itu, ruang inilah perlu diisi dan ada keperluannya.

Kredit sumber Mail Islah

—–

Kisah Yahudi Masuk Islam

Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar……. Sumber Jomlayan

——–

Tuan Edmund Puas Berdebat Sebelum Masuk Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

SYUKUR kepada Allah s.w.t. walaupun agama-Nya kini berhadapan dengan pelbagai asakan dan cabaran. Namun masih ada di celah-celah cabaran itu mereka yang akhirnya mengakui kebesaran-Nya dan tanpa paksaan mana-mana pihak sanggup meninggalkan agama asalnya untuk memilih Islam.
tuan-edmund.jpg

Antaranya ialah Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPD), Inspektor Mohd. Danial Edmund B. John, 25, yang memeluk Islam pada April lalu.

Penulis mengenali beliau sejak hampir setahun lalu ketika bertugas di Meja Jenayah Utusan Malaysia. ‘Tuan Edmund’ ialah manusia yang sentiasa bersaing dengan masa. (MOHD. Danial Edmund B. John.)

Sebagaimana pesatnya bandar raya Petaling Jaya itu sendiri, begitu jugalah kadar kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari di daerah itu.

Jadi, Edmund tidak pernah senang duduk dan beliau sering dilihat berada di hampir setiap tempat kejadian kemalangan tanpa mengira kecil atau besar, panas atau hujan, siang atau malam, dekat atau jauh.

“Melayan semua rekod kemalangan juga menyebabkan saya sering tidak menyedari begitu pantasnya masa berlalu. Tahu-tahu malam sudah melabuhkan tirai,” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Oleh itu, bilakah Edmund berpeluang untuk mengenali Islam sehingga membolehkan beliau akhirnya mengucapkan kalimah syahadah?

“Saya mengaku kerelaan saya meninggalkan ajaran Kristian dan memeluk Islam adalah kerana saya ingin mengahwini teman wanita saya yang merupakan seorang beragama Islam.

“Dengan memeluk Islam, ia membolehkan saya bertunang dengannya baru-baru ini dan jika tidak ada sebarang aral, kami akan bernikah hujung tahun ini,’’ katanya sambil tersenyum.

Pun begitu, Edmund yang kini mahu dikenali sebagai Danial berkata, beliau tidak begitu memikirkan soal perkahwinannya itu berbanding tanggungjawab utama beliau kini iaitu untuk belajar dan mengamalkan ajaran Islam dengan betul.

“Walaupun perkahwinan itu penting, tetapi bagi saya mengenali dan mempelajari Islam itu kini lebih saya utamakan.

“Ini kerana saya mahu mempunyai pegangan Islam yang kukuh bagi membolehkan saya dan tunang, Norawati Ibrahim, 26, mampu melayari bahtera perkahwinan yang kuat untuk menempuh sebarang cabaran yang mendatang,’’ katanya.

Bagi Danial, tidak ada yang lebih menjamin kebahagiaan rumah tangga kecuali pasangan suami isteri itu mempunyai pegangan dan mengamalkan ajaran agama yang sama.

“Saya tidak memeluk Islam semata-mata kerana menghormati agama bakal isteri saya. Ini kerana sekadar hormat sahaja berapa lama ia dapat bertahan.

“Malah itu sebenarnya hanya bersifat luaran sedangkan menikmati iman yang sama dapat membereskan banyak perkara dalam perhubungan suami isteri,’’ jelasnya. Begitu pun Danial mengaku bukan mudah untuk beliau meninggalkan agama asalnya.

Lebih-lebih lagi beliau yang berasal dari Tenom, Sabah adalah anggota suku kaum Lundayeh yang kebanyakan masyarakat di kampungnya merupakan penganut Kristian.

“Saya sendiri dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai kepercayaan dan pegangan yang begitu kuat terhadap Kristian aliran Protestan. Bapa saya sendiri ialah ahli gereja yang menyebabkan beliau dipandang tinggi oleh masyarakat,’’ katanya.

Sebagai anak sulung daripada empat adik-beradik, Danial diasuh mengenai ajaran-ajaran Kristian dan beliau juga suka menghabiskan masa membaca kitab Injil.

“Walaupun ada ibu saudara saya – yang satu-satunya memeluk Islam dalam keluarga kami – namun saya sendiri tidak pernah terfikir mengenai agama lain kecuali Kristian,’’ katanya.

Sehinggalah Danial kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Taman Maluri, Cheras

“Selepas saya mendapat diploma dalam jurusan Sains Komputer dan mula menyertai pasukan polis pada tahun 2003, saya masih mampu mempertahankan Kristian walaupun tidak lagi sekuat berbanding semasa berada di Sabah,’’ katanya.

Tetapi apabila mula bertugas di IPD Petaling Jaya, pandangan hidupnya mula berubah akibat suasana baru di situ.

“Di sini majoriti petugas dan kakitangannya beragama Islam. Jadi ini memberikan kesan pada diri saya secara tidak langsung.

“Sedikit demi sedikit, saya mula mengenali Islam melalui pergaulan dan sehinggalah tiba bulan puasa, misalnya, saya sendiri ikut berpuasa,” tambahnya.

Puasa

Menurut Danial, suasana itu cukup harmoni lebih-lebih lagi apabila tiba masa berbuka puasa beramai-ramai.

“Saya rasa sungguh gembira dengan suasana seperti itu tetapi apabila masing-masing kemudian berkejar pulang untuk merebut peluang mendirikan sembahyang sunat tarawih, misalnya, saya tiba-tiba menjadi sedih dan keseorangan.

“Jadi semua ini menyebabkan saya cuba mengenali Islam dan atas dorongan dan sokongan kuat beberapa kakitangan di sini, niat saya untuk memeluk Islam menjadi semakin kuat,’’ katanya.

Namun perjalanan memeluk Islam masih tidak mudah selagi Danial tidak menafikan ‘kebenaran’ ajaran Kristian yang beliau anuti selama ini.

“Saya bukannya seorang alim malah mengaji Injil pun tidak habis tetapi pada masa itu saya tidak nampak apa kurangnya Kristian.

“Jadi semasa mengikuti pengajian Islam di Perkim, saya selalu berdebat dengan ustaz mengenai Islam dan Kristian.

“Kami berhenti berdialog hanya untuk sembahyang dan makan, yang lain sehingga larut malam kami tidak henti-henti membicarakan soal agama ini,’’ katanya.

Akhirnya Danial dapat menerima dan mengakui sepenuhnya kebenaran mengenai Islam.

“Malah yang lebih mengharukan Islam sebenarnya meletakkan Nabi Isa mempunyai kedudukan yang tinggi sehinggakan diperuntukkan surah Maryam dalam kitab suci al-Quran yang menjelaskan kedudukan Nabi Isa,” jelasnya.

Kata Danial, penjelasan tersebut begitu menjawab persoalan selama ini sama ada baginda itu benar-benar tuhan atau nabi.

“Rupa-rupanya baginda hanyalah seorang manusia yang menerima wahyu untuk memberi petunjuk kepada manusia yang lain dan bukan juga raja yang mempunyai kekuasaan atas hidup dan mati rakyatnya,’’ katanya.

Perjalanan hidup Danial sebenarnya semakin ‘mencabar’ kerana pengislamannya itu bakal mengundang lebih banyak cabaran dan salah tanggapan ramai pihak.

“Saya memaklumi perkara ini dan dalam keadaan saya masih begitu baru dalam Islam tentu saya memerlukan kekuatan dan ketabahan yang tinggi.

“Namun, apa yang pasti pengislaman saya ini tidak melahirkan Danial yang lupa daratan, lupa pada asal usulnya jauh sekali ingin memisahkan diri daripada keluarga dan zaman lampaunya,’’ katanya.

Kata Danial, beliau masih mahu menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan perbezaan agama tentunya bukan menjadi penghalang.

“Saya begitu menyayangi dan sangat memerlukan keluarga saya dan berharap kepulangan saya pada suatu hari nanti ke pangkuan mereka dapat diterima dengan baik.

“Kali ini lebih istimewa bersama bakal menantu sebagai anggota keluarga baru yang juga tidak sabar untuk mengenali dan menjadi sebahagian daripada hidup mereka,’’ katanya.

Sumber Artikel: Utusan Malaysia 27 Julai 2006

Gambar dari  Choose Islam

—-

Akhir kata dari BHO – kita ini yang mendapat Islam free harus mesti manfaatkan dan hargai kurniaan Iman dan Islam kepada kita. Jangan kita merasa sombong sebab seolah kita sudah selamat. Berusahalah untuk mengenalkan Islam kepada orang lain juga. Harap boleh dengar dan lihat video ini untuk sama-sama kita hayati. Bukan sukar untuk memeluk Islam itu, yakini dengan mengucap dua kalimah syahadah.
Insya-Allah :?:

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Agama

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. admin says:

    Jika ada silap bahasa atau info harap dimaafkan 8O

  2. admin says:

    Kalau boleh disebarkan artikel ini seluas-luasnya, ada email forwardkan url ini kepada semua contact email, ada FC postkan link ini, jika ada twitter minta tolong twitkan . Jazakallahukhairan Jaza’ :?:

  3. admin says:

    Dua video terakhir mesti lihat especially the story by Ruben (last video)

  4. Alwaysbabes says:

    Dia la manusia yng sangat untung, hampir memiliki sagala-galanya… dari dunia hingga akhirat… wallahualam…. Hanya 1 dlm sejuta…. Harap2x memberi kesedaraan pada umat yng lain…8O

Leave a Reply