Pemain Brazil mati di padang

May 10, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


RIO DE JANEIRO: Kejutan terjadi apabila seorang pemain bola sepak di Brazil berusia 26 tahun maut sejurus terjatuh dan disyaki akibat serangan jantung ketika perlawanan kejuaraan Carioca, saingan divisyen dua Brazil, kelmarin.

Pemain tengah, Fred atau nama sebenar, Frederico Da Costa Pinheiro tumbang ketika perlawanan baru setengah jam bermula ketika pasukannya, Mesquita bertemu Cabofriense di laman lawan di bandaraya Rio de Janeiro.

Fred adalah pemain Mesquita yang bermain secara pinjaman daripada kelab ternama Brazil, America.

Selepas diberikan rawatan kecemasan di tepi padang, Fred kemudian dibawa ke hospital di Cabo Frio namun tidak memberi sebarang tindak balas kepada rawatan susulan yang diberikan kepadanya.

Kelab asal Fred, America yang pernah diwakili penyerang legenda Brazil dan Barcelona, Romario berkata dalam laman web pasukan, (www.america-rj.com.br) betapa mereka tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai punca kematian pemain tengah itu. – Reuters

Sumber : Bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Berita, Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply