Pemilikan ke atas makanan tempatan perlu dilaksanakan: Dr Ng

September 24, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, terkejut apabila kenyataannya berhubung pemilikan makanan tradisi Malaysia menimbulkan perbalahan pelbagai pihak termasuk di Singapura.

“Saya sebenarnya sangat terkejut dengan reaksi pelbagai pihak berhubung kenyataan saya minggu lalu bahawa Malaysia perlu membuat pemilikan beberapa makanan tradisi negara,” katanya pada sidang media Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di kementeriannya di sini, hari ini.

“Saya tidak pernah berkata kita akan mempatenkan makanan tersebut,” katanya.

Dr Ng berkata, kementeriannya akan mempromosikan makanan Malaysia sebagai strategi utama bagi melonjakkan lagi industri pelancongan kerana penting bagi rakyat Malaysia mengetahui asal usul warisan makanan negara.

Fokus tahun ini ialah laksa dan nasi lemak, dua jenis makanan yang sangat popular bagi masyarakat setempat.

“Saya akan mengumumkan strategi promosi itu kemudian tetapi pada masa ini saya mahu memberi tumpuan menjadikan makanan Malaysia sebagai produk pelancongan negara,” kata Dr Ng.

Pada majlis pelancaran Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia baru-baru ini, Dr Ng berkata, kementeriannya akan mengenal pasti dan membuat pemilikan ke atas juadah beridentiti Malaysia.

“Kita tidak boleh membiarkan negara lain merampas makanan kita. Kita harus membuat pemilikan ke atas makanan kita,” katanya. – Bernama

kredit ~ bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply