PENDERAAN KANAK-KANAK

December 20, 2009 | By | 22 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


PUCHONG – Masalah penderaan kanak-kanak semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan daripada 2,279 kes pada tahun 2007 kepada 2,780 kes tahun lalu.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk empat bulan pertama tahun ini mendapati sebanyak 819 kes jenayah itu dilaporkan atau purata tujuh kes sehari.

Tidak cukup dengan itu, kes-kes penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga yang sepatutnya melindungi anak-anak sendiri juga meningkat daripada 992 kes pada tahun 2007 kepada 1,266 kes pada 2008.

Trend itu mencetuskan rasa marah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu pejabat Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas mendakwa penjenayah terbabit.

“Jangan biarkan penderaan kepada kanak-kanak atau terhadap sesiapa pun menjadi budaya di negara ini kerana kita ada undang-undang dan mereka yang terlibat sepatutnya dihukum,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Taman Putra Perdana di sini semalam.

Menurut statistik JKM, kes kanak-kanak hilang turut meningkat dan semakin membimbangkan. Bagi tempoh Januari 2008 hingga kini sebanyak 4,968 kes telah dilaporkan dan daripada jumlah itu 1,859 mangsa belum dijumpai.

Sumber : Kosmo Online

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Comments (22)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. azi says:

    penderaan kanak-kanak tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat hari ini..
    ibu bapa tidak seharusnya bersikap kejam..
    sayangilah anak anda..

  2. lala laura loren says:

    lindungilah kanak-kanak,dan berikan kasih sayang pada mereka sepertimana kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dahulu.
    anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-NYA dan bukan untuk disakiti tapi untuk dilingungi dan disayangi…

    • sohai says:

       

      lala laura loren: lindungilah kanak-kanak,dan berikan kasih sayang pada mereka sepertimana kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dahulu. anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-NYA dan bukan untuk disakiti tapi untuk dilingungi dan disayangi… lala laura loren(Quote)

      ya :o
       

  3. lala laura loren says:

    lindungilah kanak-kanak,dan berikan kasih sayang pada mereka sepertimana kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dahulu.
    anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-NYA dan bukan untuk disakiti tapi untuk dilindungi dan disayangi…

  4. responsible says:

    sayangilah anak anda sedangkan haiwan yg 5 akal pun boleh jaga anak mereka kita ni manusia yang ada 6 akal. fikilah:roll:

  5. joey says:

    that is very serius problem in Malaysia now… so that goverment must be take care
     

  6. Prihatin says:

    Semua lapisan masyarakat, kerajaan & NGO perlu bergabung tenaga untuk membanteras apa juga bentuk penderaan.

  7. ETIKA says:

    kenape bile dah beribu kes baru  Datuk Seri Shahrizat nak marah2??
    mane hilang masyarakat? jiran sblh rumah pun tak boleh nak jage ke??
    kite sendiri kene ubah nilai dan etika dalam diri

  8. ain93 says:

    sgt sedih melihat keadaan msyrakat yg tdk mmpedulikan penderaan yg berlaku didepan mata mrk…mereka hanya mlihat shj tnpa mngmbil tindakan thdp penderaan yg berlaku…menanggap tdk mahu mnjaga tepi kain org lain..doakan saya spy dpt presentation tajuk ni dpn org ramai..

  9. sohai says:

    apa yang menyenorokkan kalau mendera kanak kanak tu cuma ditunggu untuk diberkas oleh polis! :( :x

  10. sohai says:

    klu nak dera bgus jgan beranak! :cry: :!:

  11. athirah says:

    :cry:
    kesiannya budak2 yang kena dera…..

    • sya says:

       
      :cry:   kecian budak2 yg ken dera…
      :!: tak bersalah tapi ada jugak org nk buat jahat kat dia….
      :o :arrow:   nak sepak raser…..
      huhu….
       

  12. iqalabuan says:

    msyrkt tidak seharusnya menylhkn kerajaan semata-mata krna msyrkt malaysia khususnya yg tinggl di bandr tidak mengmbil pduli tntg jirn mereka.ibu bapa itu mungkin mengalami masalh mereka.mungkin kaunselr prlu mnjlnkn prnan mreka.justeru,semua pihak prlu memainkn iltizam masin-masing supaya kes ini tidak semkin parah.org dulu ada mnybut brsatu tguh,brcerai roboh.jgn tahu menunding jari kpd pihak lain.

  13. hargai says:

    janganlah kita mendera kanak-kanak, sayanglah mereka

  14. Melina says:

    I really pity all the kids.. :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

  15. asj says:

    bila manusia jauh dr agama, bginilah jadinya..xkiralah apa agama sekalipun, semua ajar ke arah kebaikan..renung2kn..

  16. irin says:

    bengang btoi klu ada yang mendera kanak2 nie:!:

  17. Syifa Sebi says:

    lengkap untuk folio saya.

  18. noor says:

    tula…mana bole buat begitu…pandai bikin pandailah jaga..

  19. bari nampasa says:

    klu sya 2 sdh sya tembak pakai bukakuk…bru padan muka dya…….hehehehe

Leave a Reply