Penduduk awam larikan diri

October 15, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Bimbang terperangkap operasi tentera ke atas militan Taliban

DERA ISMAIL KHAN: Berpuluh penduduk awam melarikan diri dari wilayah Selatan Waziristan kerana bimbangkan serangan tentera terhadap militan Taliban di kawasan terbabit.

Pegawai tentera dan kerajaan memberi amaran Jun lalu untuk melancarkan satu operasi terhadap kawasan pergunungan barat laut yang menjadi kubu kuat Taliban dan Al-Qaeda tetapi sehingga kini hanya serangan udara dan kadang kala serangan artileri dilaporkan di kawasan terbabit.

Bagaimanapun satu gelombang serangan Taliban membunuh 125 penduduk di Pakistan sejak Isnin lalu menimbulkan kebimbangan tercetusnya serangan darat menyebabkan lebih ramai penduduk melarikan diri ke daerah berjiran Selatan Waziristan.

“Penduduk keluar dari kawasan itu dan sekitar 90,000 orang meninggalkan kawasan terbabit dan berpindah ke tempat selamat di Dera Ismail Khan dan Tank,” kata Shahab Ali Shah, pegawai pentadbir tertinggi di selatan Waziristan.

Angka berkenaan adalah sehingga 1 Ogos lalu tetapi semakin meningkat selepas 10 militan melancarkan satu serangan di ibu pejabat tentera berhampiran Islamabad pada Sabtu dan Ahad lalu yang benar-benar memalukan tentera.

“Sekali lagi penduduk mula datang ke kawasan terbabit kerana bimbangkan operasi tentera,” kata Amir Abdul Latif, ketua pegawai pentadbiran di daerah Tank kepada AFP.

“Kita mula mendaftarkan mereka dan memberikan bantuan.”

HameedullAh Khab, seorang pegawai kerajaan kanan di Dera Ismail Khan berkata daerahnya mempunyai 8,300 keluarga berdaftar sebelum ini meningkat sehingga 60,000 penduduk dengan kebanyakan tinggal di Tank dan kawasan berhampiran.

Satu serangan anti-Taliban di barat daya lembah Swat awal tahun ini memaksa hampir dua juta penduduk meninggalkan kediaman mereka sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan besar-besaran di negara miskin Pakistan itu. Kebanyakan mereka sudah kembali ke kediaman masing-masing.

Penduduk berkata kehidupan menjadi semakin sukar di Selatan Waziristan dengan serangan udara melanda kawasan pergunungan dan sekatan tentera di jalan utama yang meningkatkan jumlah kematian penduduk awam.

“Saya meninggalkan kawasan itu kerana kerajaan akan melancarkan satu operasi terhadap Taliban,” kata Mohammad Hashim Khan yang meninggalkan Sarwakai ke Dera Ismail Khan Ahad lalu, bersama tujuh anggota keluarganya. – AFP

kredit ~ bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Agama, Berita, Luar Negara, Warning

About the Author ()

Leave a Reply