Pengarah dituduh tipu RM16 juta

February 12, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



TONG SWAN diiringi pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menipu pelabur di Mahkamah Sesyen Ampang semalam.


AMPANG – Dua hari selepas dua pengarah syarikat Island Red Cafe Franchise Sdn. Bhd., dituduh melanggar Akta Syarikat 1965 dengan kerugian lebih RM21 juta, semalam giliran seorang lagi pengarah syarikat tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan RM16 juta.

Bagaimanapun, Ong Tong Swan, 33, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azwarinda Affandi.

Pada 9 Februari lalu, Teow Wooi Huat, 44, dan anaknya, Teow Chee Chow, 21, selaku pengarah syarikat tersebut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tiga pertuduhan serupa.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply