
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Seorang pengawal keselamatan bertindak bijak apabila bersembunyi sebelum menembak mati seorang perompak dalam satu rompakan di sebuah bank di Pandan Indah, Ampang di sini Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.18 petang tadi pengawal keselamatan itu dikatakan bersembunyi di satu kawasan sambil memerhati kehadiran suspek yang berumur awal 30-an itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata sebelum itu suspek yang berpakaian gelap dan memakai helmet bertutup itu telah memasuki bank tersebut sebelum mengarahkan 20 orang pelanggan meniarap dan terus melompat ke dalam kaunter.
“Kemudian perompak itu terus mengarahkan 12 kakitangan bank yang berada di bahagian kaunter supaya memasukkan RM253 ribu ke dalam beg galas yang dibawanya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata suspek yang mengambil masa 10 minit untuk melakukan rompakan itu kemudiannya ditembak di bahagian belakang kepala dari jarak 50 meter oleh pengawal itu dengan ‘Pump Gun’ semasa suspek hendak melarikan diri.
Amiruddin berkata suspek yang hanya ditembak sekali mati serta merta di tempat kejadian dan polis turut menemui senjata jenis ‘Steyr’ pada suspek.
“Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan polis masih menyiasat identiti suspek.
“Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di bank itu untuk menyiasat pergerakan suspek atau jika ada rakan jenayah suspek yang lain,” katanya dan menambah kejadian itu adalah yang pertama di bank itu.
Sementara itu seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Phan, 50, berkata kira-kira pukul 3.15 petang beliau ternampak seorang lelaki yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan bank itu namun terus melarikan diri selepas mendengar bunyi tembakan.
“Lelaki yang memakai helmet bertutup itu berlegar-legar di hadapan bank namun terus beredar setelah mendengar tembakan dari dalam bank,” katanya.
credit: CG Forum
—————————————————————————————————
Carian BHO
- rompakan styer
- rompakan styer di ampang
- tembak menembak di rantau panjang
- rompakan steyr
- perompak styer
- kejadian menembak di rantau panjang
- rompakan senjata di ampang
- rompakan senjata styer di ampang
- datuk azlina setapa
- senjata steyr rompak bank
- rompakan di kuala lumpur styer berita harian
- rompak bankguna steyr
- remaja ditembak mati di kuang
- tembak menembak di Jalan Ampang
- perompak professional di dunia
- rompak senjata wangsa maju
- hmetro online konflik selatan thailand
- pengawal di pukul
- video rompak bank di ampang
- kes tembak mati di kuang
- perompak bank styer
- rompakan di pengurup wang di subang
- harian metro kes tembak perompak
- berita rompakan bank di malaysia
- BERITA KES ROMPAKAN BANK
- berita jenayah tembak menembak
- berita terkini rompakan bank menggunakan styer
- berita harian-perompak steyr
- amapng tembak menembak
- tembak perompak di kepong
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Perompak bank CIMB Medan ditembak mati
- Atuk tembak mati perompak remaja
- 4 perompak ditembak mati
- Pengawal keselamatan mati ketika makan nasi
- Perompak tembak rakan sendiri
- Pengawal mati diserang
- Warga emas tembak perompak
- KKM akan kaji semula keperluan bekal pengawal keselamatan dengan senjata api – Liow
- Pengawal keselamatan didakwa tembak dua rakan sekerja
- Pengawal tembak mangsa ragut