Penghadaman penyebab kematian

May 30, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR – Masalah penghadaman adalah antara 10 penyakit paling kronik dan penyebab utama kematian di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, pada 2006 dan 2007, penyakit berkaitan sistem penghadaman menduduki tangga ketujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan dan melonjak ke tangga keenam pada tahun 2008.

“Ini tidak memeranjatkan jika dilihat gaya hidup kebanyakan rakyat Malaysia,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Penghadaman Sedunia di Ikano Power Centre di sini semalam.

Rosnah berkata, penyakit berkaitan sistem penghadaman yang paling banyak dihidapi rakyat Malaysia ialah refluks gastroesophageal (GERD), ulser peptik, sindrom kerengsaan usus (IBS) dan kanser usus.

“Penyakit kanser gastrointestinal khususnya, meningkat secara mendadak di Malaysia berdasarkan hakikat bahawa penyakit kanser kolorektal dilaporkan paling banyak menyerang lelaki (16.2 peratus) dan kedua terbanyak menyerang wanita (10.6 peratus) di Semenanjung Malaysia pada 2006.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa lebih 940,000 orang di seluruh dunia diserang kanser kolorektal setiap tahun dan daripada jumlah itu, hampir 500,000 meninggal dunia setiap tahun,” katanya.

Rosnah berkata, kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan pusat gastroenterologi di hospital kerajaan dilengkapi peralatan dan teknologi terkini.

“Kebanyakan pusat ini dilengkapi kepakaran dan kemudahan paling moden bagi menyediakan perkhidmatan pengesanan bertaraf dunia serta perkhidmatan diagnosis dan terapeutik,” katanya.

Rosnah berkata, kementerian berkenaan juga telah menubuhkan Pusat Pendaftaran Pesakit Kanser bagi mengumpul data secara sistematik mengenai semua perkara berkaitan kanser kolorektal di Malaysia termasuk pencegahan, pengurusan dan rawatan. – Bernama

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Info Sihat, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply