Penjara jika tidak hormati bulan puasa
DUBAI: Polis Dubai menggesa masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan dengan tidak meminum, merokok dan makan di khalayak ramai.
Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah di Jabatan Hal Ehwal Polis, Kolonel Mohammad Nasser Al Razooqi, berkata, mencemari kemuliaan bulan puasa menyinggung umat Islam dan dianggap perlakuan jenayah yang menyalahi undang-undang.
Gulf News melaporkan polis Dubai menahan tiga individu iaitu dua Arab dan seorang warga Eropah kerana makan dan minum pada waktu siang pada bulan Ramadan tahun lalu.
Menurut undang-undang Persekutuan jenayah keagamaan, pesalah yang didapati makan, minum atau merokok pada bulan Ramadan akan dipenjara sebulan atau didenda Dh2,000 (RM1,735).
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Brigadier Khalil Ebrahim Al Mansouri menggesa orang awam memaklumkan pihak polis sekiranya mereka melihat individu yang melanggar undang-undang pada bulan puasa. Sebanyak 24 orang sudah dipenjarakan kerana melanggar undang-undang pada bulan puasa sejak tiga tahun lalu. – Agensi
Sumber : Harian Metro
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita, Luar Negara










