Penjelasan Hukum Hudud


Penerangan ringkas dan padat dari ahli forum – Shamil. Syukran

1. Jenayah Hudud

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; “ Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Qur’an ”.

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai “ Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat ”. ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 )

Definisi yang moden dan agak tepat yng dibuat oleh Abdul Qadir Audah tentang jenayah, ialah ( jenayah-jenayah ) yang diseksa kerana melakukannya dengan seksaan Hudud ”. Hudud ialah seksaan-seksaan yang tertentu sebagai Hak Allah s.w.t. Maksud tertentu di sini ialah tidak ada seksaan minima atau maksima, hanya satu seksaan sahaja. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Di dalam seksaan ‘itu’ sebagai Hak Allah kerana ia dikenakan ( dikuatkuasakan ) untuk kemaslahatan awam (masyarakat ), iaitu membanteras fasad dalam masyarakat dan menjamin kestabilan dan kesejahteraan kepada mereka. Tiap-tiap jarimah merosakkan masyarakat dan manfaat dari seksaan yang dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah kerana melakukan jenayah tersebut, adalah kembali kepada masyarakat, maka seksaan-seksaan yang dikenakan kerananya dianggap Hak Allah supaya terjamin tercapainya manfaat tersebut. Untuk memastikan supaya kemudharatan ( fasad ) terhindar, maka dianggap seksaan tersebut sebagai Hak Allah supaya tidak gugur seksaan tersebut oleh individu atau masyarakat bila saja disabitkan bersalah.

Jenayah Hudud ada tujuh jenis :
- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Telah disebut bahawa pengharaman bagi tiap-tiap jenayah Hudud dan Qisas dan seksaan-seksaan yang dikenakan keatasnya adalah bersumberkan al-Qur’an dan l-Sunnah.

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk “.
( al-Qur’an, al-Isra’ : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :

“ Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan “.
( al-Qur’an, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :

“ Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati “.
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :

“ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq “

Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :

“ Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) “.

( al-Qur’an, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman “ seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan “ ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;

“ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah “.

( al-Qur’an, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar “.
( al-Qur’an, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :

“ Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi “.
( al-Qur’an, al-Imran : 35 )

“ Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat “.
( al-Qur’an, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;

“ Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ). ”

( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :

“ Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah “.
( al-Qur’an, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Qur’an dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Jenayah Hudud bila disabitkan tidak ada pengampunan sama ada oleh pemerintah atau oleh mangsa atau oleh pihaknya ( seperti walinya ). Ianya mestilah dilaksanakan bila disabitkan, yang mana hukumannya adalah tertentu dari segi jenis dan kadar hukuman atau seksaan itu. Itulah sebab maka jenayah Hudud itu disebut Had dan hak Allah.

cuba korang fikir kesan perlaksanaan hukum hudud ni. Sudah tentu kadar jenayah di Malaysia ini dapat dikurangkan. Orang yg tak mahu laksanakan hukum Allah ini je yg takut kalau-kalau kesalahan yg dilakukannya akan terjadi pada dirinya, lalu mengatakan hukum hudud ni tak sesuai. Hukum hudud ni dikenakan terhadap orang Islam sahaja. Kalau orang bukan Islam melakukan kesalahan, maka tidak dikenakan hukuman hudud ni. Hukumannya macam seperti sekarang ni la.. Denda RMxx, penjara 3tahun, sebat yg menyalahi hukum Islam sepertimana yg dikenakan keatas banduan di penjara(perogol). Cara menyebatnya tu yg menyalahi dalam Islam…


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas
  2. Koleksi UMNO hina islam

 

23 Comments

 

  1. ain January 13, 2010  4:54 pm Reply

    pada pendapat anda,sesuai tak hudud ini dijalankan di Malaysia?

  2. dhia February 18, 2010  12:41 pm Reply

    slm...

    p/s ain;

    jgn ditanya hukum hudud sesuai atau x sebab hukum ni sah2 dari al-quran dan dijelaskan dlm artikel
    di atas.
    samela jgk klu kta tnya pkai tudung seswai x kat ngara mat saleh?
    dua2 hukum ni memang wajib dilaksanakan x kira tempat sbb dia hukum Allah.

    psl sebatan,
    mesti dibuat kt org rmai spya org lain x'kn
    ikut prngai tsebt.
    (x yah bimbg knak2 tkut sbb hkman ni x dinyatakan
    'mesti dijlnkan dihadapan khalayak termsk knk2')
    n klu sbatn kt pggng,
    ad urat kt pggng y ad kne mengene ngn aktiviti seks akn dimatikan/rosak semase disebat.

    so, setiap yg diperintahkan mesti ad kebaikan disebaliknya.

    May Allah Bless U...

  3. ALIFF AKMAR May 12, 2010  1:38 pm Reply

    kita mesti menyokong hukum hudud kerana ingatlah sesiapa yang menolak walau satu huruf daripada hadith atau Al-Quran dia akan murtad
     

  4. zul June 8, 2010  11:37 am Reply

    sebenarnye kita x bole persoalkn sesuai atau x jalankn hudud sbb ia berkait rapat dgn akidah seolah2 kita ragu2 dgn hukum Allah..

  5. matun July 14, 2010  11:58 am Reply

    semua hukum-hukum yang terdapat di dalam al-quran kita x boleh menolak nya..

  6. sya September 27, 2010  11:25 pm Reply

    apakah hkum sebuah ngra islam tp x amalkn hkum hudud?
    adakah bdosa?
     

  7. hamdan September 29, 2010  6:11 am Reply

    Sebagai 'hamba Allah" sejati, setiap suruhan dan larangan diterima sepenuhnya tanpa soal. "Kami dengar dan kami taat". Persoalannya, ramai manusia bertindak melalui nafsu, bukan melalui ilmu serta wahyu. Moga Malaysia akan menjadi negeri yang diberkatiNya di masa depan.

  8. che wan September 29, 2010  10:21 am Reply

    i love islam..
    ALLAHHUAKBAR.. :| :| :|

  9. biah87 September 29, 2010  3:10 pm Reply

    kalo hukum hudud dijalankan di Malaysia, ada baik nya juga supaya berkurangan kes2x tangkap khalwat,  buang bayi , rogol dan sebagainya yng berleluasa di negara ini.... Namun pihak kerajaan juga ambil peranan utk menyekat cara2x berpakaian terutamanya bagi artis2x tempatan, agar tdk mengenakan fesyen berlebihan yng bertentangan dgn ajaran islam... jgn bagi terlalu banyak fesyen pemakaian @ tudung, sbb ramai di golongan artis malaysia yng memakai tudung ikut suka hati aje, ada yng memakai tudung berjambul kat depan ada ekor kat belakang, jadi suma ni menjadi ikutan pada remaja kita mahu pun pada wanita yng lain.... kalo nak dijalankan hukum hudud di negara ini mesti suma benda ikut cara orang islam, tak boleh dah ikut cara 1Malaysia....

  10. azizi September 29, 2010  6:09 pm Reply

    tak payah fikir apa apabuat je hukum hudud dan tunai kan lah semua perintah allah baru kita digerar takwa bila tak wa maka syurga lah kita  kalau langar maka naraka lah kita
    senan je kan

  11. azizi September 29, 2010  6:12 pm Reply

    soalan sy kenapa kita  tak nak  undang undang islam
    sedang kan kita islam
    /m kenapa kita nak guna undang orang jkafir  sedang kan kita tak mengaku kita kafir/so bagi sy kalau kita ikut undang orang kafir maka kafir lah kita
    tu je   kan senang
    so ikut lah isalam kalau kita itu isalam
     

  12. 3w3 November 4, 2010  12:19 am Reply

    AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya.
    Kekalutan ini lahir daripada input yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92 yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Quran)" tidak disampaikan kepada orang Melayu.
    Mereka terus membisu dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang disampaikan oleh rasul.
    Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah - “Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) - dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun.
    Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud adalah satu daripadanya.
    Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah.
    Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi,


    “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

    Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya,

    “Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa” (2:179).

    Tidak pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu.
    Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri:

    “Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
    (a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
    (b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
    (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6)

    Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya,

    “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38).

    Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi,

    “Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48).

    Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak:

    “Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:
    (a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
    (b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
    (c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki ..... (Bahagian I, perenggan 9).

    Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya,

    “Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33).

    Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49).
    Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41).
    Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya,

    “Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178).

    Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina:

    “(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
    (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I, perenggan 11)

    Hukuman ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja.
    Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun.
    Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya,

    “Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50).

    Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat:

    “Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17)

    Penggubal hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan:

    1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).
    2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih” (4:16).

    Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak:

    “(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22)

    Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105).
    Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak.
    Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad:

    “(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.
    (4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:” (Bahagian I, perenggan 23)

    Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud,

    “Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” (5:54).

    Seperti itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114).

  13. 3w3 November 4, 2010  12:22 am Reply

    http://www.e-bacaan.com/artikel_hududpas.htm

  14. al-Haq December 7, 2010  1:27 am Reply

    3w3, jika tidak perasan, anda menolak Hadis dalam komen anda. Allah tidak akan membiarkan nabi melakukan kesalahan tanpa menegurnya.
    mungkin ini bukan karangan anda namun anda harus membaca artikel diatas dengan berhati-hati. penulis sudah memberikan rujukan hadis sahih. Al quran hanya memberi yang basic seperti mengarahkan supaya solat dan sebagainya tetapi hadislah yang menerangkan bagaimana untuk solat dan sebagainya. maka berpeganglah kepada kedua-duanya. Contohnya sepertihukum murtad, anda mengatakan bahawa tidak ada apa apa masalah. tetapi dalam artikel diatas dikatakan dalam hadis bahawa dihalalkan darahnya. sila rujuk. hukum Qisas tidak sama dengan hukum hudud. hudud tidak boleh dikecualikan tetapi qisas boleh dimaafkan. walaupun pencuri itu telah dimaafkan namun hukuman terus dijalankan. qisas tidak.
    sila baca kembali dan fahami artikel diatas semula.

  15. Al-Islam January 9, 2011  4:36 pm Reply

    ak hrp2 sume bnde2 kt ats tu pmimpin kita bce n bg feedback
    ak mmg nk dgr sngt2 pe kta diorg...dr kta2 pmpmpin tu kita blh nilai dia..

  16. Ayie January 18, 2011  10:14 am Reply

    Masya Allah! Penulis artikel yg dikongsi 3w3 tu anti hadith ke? :? tiada dalil dan penerangan dari hadith pun.. Apa guna rasul diutuskan kepada kita!

  17. suresh February 25, 2011  12:34 am Reply

    saya cukup hormat dan kagum sekali dgn hukum hudud.saya seorang india baru ni saya ke jais untuk membuat laporan mengenai seorang perempuan pernah kawan dengan saya selama 2 tahun mengaku india dan mingu lepas nampak ic dia tercatit  maulad.saya ke jais dgn semua bukti gambar perempuan tu pernah peluk cium dan kerap melakukan hubungan seks dgn saya selama 2 tahun tetapi jais kata takat gambar perempuan melayu peluk lelaki perkara biasa dan sekali gus buat saya tertanya apa yang saya belajar tentang islam selama ini melalui media dan buku al islam tu betul ke ?perempuan india dijadikan anak angkat keluarga melayu jadi menyenangkan dia untuk hidup bebas sebagai india dimana watak memang hindu.apakah hukuman untuk perempuan yang main dua watak dan langsung tak peduli ajaran islam harap ada pihak dapat bantu saya.seorang rakyat malaysia yang cukup menghormati agama Islam tq

    • admin February 25, 2011  2:46 pm Reply

      Begitulah yang berlaku jika ada ignorance in Islam

  18. suresh February 25, 2011  7:17 pm Reply

    jadi wat the best way nak hukum perempuan sedemikian harap i get some idea daripada anda yang lebih pengalaman dalam agama islam tq semua

  19. bajukurung February 27, 2011  4:31 pm Reply

    sebab tu sy rase dlm perkara ini tidak boleh di bahaskan dlm ruangan umum...kerana org awam yg tidak mengetahui dengan lengkap akan keliru dgn cara ini...adalah lebih baik dengan cara bertanyakan hal yg di kelirukan kepada pihak yang lebih arif...seperti di pejabat agama/jakim/ustaz
    @ustazah yang diiktiraf...perkara eperti ini tidak boleh hanya belajar atau fahami didalam maklumat laman sesawang sahaja..ianya perlu dirujuk pada cara lama..talaqqi
    (belajar dengan guru secara berdepan)seta mengenal kitab2 ulama' yang sahih agar perkara ini boleh difahami dgn jelas da tidak dislah ertikan..wallau'alam...

    • muhammad October 27, 2011  12:40 am Reply

      Sudah termaktub dlm al quran & hadis hukum hudud wajib dilaksanakan d negara Islam..Apabila dilaksana barulah jenayah mencuri/merompak,berzina,minum arak akn berkurang.jgn sesekali kita mempertikai atau kata x perlu takut jatuh murtad nnti.Hukum Allah adalah yg terbaik di dunia.

  20. suresh April 17, 2011  8:16 pm Reply

    terima kasih kerana sudi dan berbesar hati atas tunjuk ajar tuan puan.untuk pengetahuan saya sudah cuba berdepan dan terus terang dengan dengan banyak pihak malah sudahpun membuat laporan penuh disertakan gambar kepada JAIS.tetapi tiada sebarang tindakan dan feedback.Dan dalam usaha ini saya juga belajar banyak perkara mengenai Agama islam.

  21. mayna March 26, 2012  7:59 pm Reply

    bukan senang nak laksanakan hukum hudud ini saudara/saudari sekalian.. Iman kita sebagai seorang muslim haruslah mantap... ini mengkafirkan sesama saudara Islam.. berpecah belah antara satu sama lain.. macam mana nak jalankan hudud.. dan saksi2 bagi hukum hudud itu wajib yang tidak pernah lakukan dosa besar dan juga dosa kecil.. adakah saudara dan saudari berani mengaku bahawa dalam keadaan kita ini tiada siapa yang tak pernah melakukan dosa?? maka kerana itulah, pada pendapat saya.. kita perlu bersatu padu dahulu sebelum nak melaksanakan hukum hudud ini dan juga meningkatkan keimanan kita..

    ini ada satu link yang menarik.. mulakan dengan bismillah, lapangkan dada, buka mata, buka hati, buka minda... insya'allah kita akan dapat lebih memahami hukum ini..

    http://www.freewebs.com/suaraanum/0508b02.htm

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah