Penternak patin diminta selaraskan harga


Seramai 200 penternak ikan patin di daerah ini dicadangkan supaya menyelaraskan semua harga jualan ikan patin sangkar kepada RM11 sekilogram bagi jualan borong.

Pengerusi Koperasi Penternak Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh, Md. Idris Muda berkata, langkah itu bertujuan bagi mengatasi kos pengeluaran ikan patin termasuk kos makanan haiwan ternakan itu yang semakin meningkat pada masa ini.

Katanya, harga asal jualan borong adalah RM10 sekilogram dan sekiranya ia dinaikkan RM1, sudah pasti dapat mengurangkan kos pengeluarannya.

“Para penternak sudah lama menanggung kos makanan ikan yang semakin meningkat dan untuk itu harga borong perlu diselaraskan kepada RM11 sekilogram supaya orang ramai tidak terkeliru apabila semua penternak patin daerah ini menyelaraskan harga jualan itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, harga jualan ikan patin di daerah itu sebelum ini tidak seragam kerana ada penternak menjualnya dengan harga RM10, RM11 dan RM12 sekilogram dan perkara itu dilihat mengelirukan pembeli.

Menurutnya, harga runcit patin di pasaran sekarang adalah RM15 sekilogram, tetapi masih ada yang menjual pada kadar harga RM14 sekilogram atau di bawah harga tersebut.

“Jika semua penternak dapat menyelaraskan harga ini, sudah tentu banyak pihak akan lega terutamanya penternak yang terpaksa menanggung pelbagai kos lain termasuk ikan mati, bantut dan sebagainya,” katanya. — Bernama

 

BHO Blog – Perlu selaraskan harga, supaya ia dapat memudahkan pelanggan.

 

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

 


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Penternak ikan rugi
  2. Suami isteri promosi ikan patin salai
  3. Penangan patin ori Temerloh
  4. Penternak ayam dituntut tunai janji
  5. Kesal harga barang naik melampau
  6. Cuti sekolah punca harga naik
  7. Harga barang akan naik lagi?
  8. Cuaca tak menentu punca harga makanan laut mahal
  9. 20 disenarai barangan harga terkawal
  10. Pengguna merungut harga bawang tak munasabah

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah