Penunggang terkejut enjin motosikal terbakar

June 30, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila motosikalnya terbakar tiba-tiba dalam satu kejadian di persimpangan Lorong Kulit berhampiran Stadium Bandaraya, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, penunggang terbabit yang dikenali sebagai Toh Ming Chern, 28, dikatakan berhenti di tepi jalan terbabit selepas bergesel dengan sebuah kereta.

Beliau dilihat cuba menghidupkan semula motosikal itu, tetapi tiba-tiba bahagian enjin kenderaan itu mengeluarkan asap lalu terbakar.

“Saya cuba mendapatkan bantuan daripada penduduk berhampiran dengan menyimbah air bagi menghalang api tetapi api terus marak,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, api semakin marak lalu membakar bahagian enjin menyebabkan orang ramai dan pemandu kenderaan dari arah bertentangan tidak berani untuk melepasi kerana bimbang motosikal terbabit meletup.

Mangsa kemudiannya diberikan alat pemadam api oleh penduduk berhampiran dan berjaya memadamkan api beberapa minit kemudian.

“Ini adalah pengalaman menakutkan selepas menunggang motosikal kira-kira 10 tahun lalu,” katanya.

Sebuah kereta jentera bomba dengan enam anggota dari Balai Bomba Jalan Perak tiba di tempat kejadian lima minit kemudian dan membuat pemantauan selepas api berjaya dipadamkan.

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply