Penuntut IPT Sedia Lapor Kes Rasuah


http://4.bp.blogspot.com/_zNpaXEKCqgU/TDGy5hjGVwI/AAAAAAAAACw/BfkYOuXO9T8/s1600/graduation-hat.jpg

BANGI, 19 Nov — Sebanyak 73.2 peratus daripada jumlah penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersedia melaporkan kes rasuah, menurut Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata jumlah ini menunjukkan golongan penuntut adalah kalangan yang mudah menerima dan dibentuk sekiranya mereka mengetahui keadaan sebenar sesuatu situasi yang melibatkan rasuah.

Katanya sebagai bakal pemimpin negara, para penuntut perlu dididik sejak dari awal supaya mereka tidak mudah terjerumus dengan gejala rasuah dan menanam tekad dalam diri untuk memerangi rasuah.

Peratus jumlah penuntut itu diperoleh hasil kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai keberkesanan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR)yang diwujudkan di IPT.

Hasil kajian ini juga membuktikan keberkesanan program itu yang diwujudkan sejak 2007, yang dianggotai para penuntut dari 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Fungsi dan peranan sekretariat ini adalah untuk menerapkan nilai anti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pelajar IPT dan mendidik serta mendedahkan mereka kepada program-program pencegahan rasuah,” katanya semasa merasmikan Konvensyen SPR IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Beliau juga berkata SPRM sentiasa optimis untuk menerima kehadiran pelapis-pelapis baru dalam meneruskan legasi agensi itu kerana peluang untuk bekerja di SPRM bagi lepasan diploma dan ijazah sarjana muda sentiasa terbuka luas.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Jumlah rasuah tertinggi tahun ini RM35,000
  2. Taib disiasat berhubung dakwaan rasuah balak
  3. Perhimpunan raksasa sokong usaha SPRM banteras rasuah
  4. Seorang Kakitangan Kerajaan Antara Yang Ditahan Terlibat Rasuah
  5. Peguam Negara bebas rasuah
  6. Rasuah: Empat kakitangan Imigresen direman
  7. ‘Pegawai kastam terima rasuah pengkhianat negara’
  8. 5 agensi banteras rasuah di pintu masuk
  9. Majistret Kelantan direman atas dakwaan rasuah
  10. Malaysia di landasan betul perangi rasuah – TPM

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah