Penyakit kencing tikus dikategori wajib lapor

August 8, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Penyakit kencing tikus atau leptospirosis akan dikategorikan sebagai ‘penyakit wajib dilaporkan’ iaitu setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan mengeluarkan notis menjadikan penyakit leptospirosis sebagai satu penyakit yang perlu diberitahu kepada pegawai kesihatan daerah.

“Dari semasa ke semasa memang banyak kes leptospirosis di mana-mana, tetapi memandangkan sebelum ini ia tidak perlu dilaporkan kepada kementerian jadi kita tak tahu berapa kes leptospirosis berlaku dalam negara,” katanya selepas merasmikan Seminar Kapitan Yap Ah Loy, di sini, semalam.

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lalu apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Kini penyakit berkenaan mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut selepas berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Sehubungan itu, Liow mengarahkan setiap pegawai kesihatan daerah mengawal selia kebersihan kawasan rekreasi, terutama tapak perkhemahan yang menjadi satu punca wabak ini berleluasa di seluruh negara.

Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan di kawasan rekreasi. — Bernama

Sumber : Harian Metro

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Info Sihat, Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply