Perkhidmatan daftar nikah "Online" menggunakan E-Nikah


http://1.bp.blogspot.com/-KNr5obEtRCk/Td5GAfPrayI/AAAAAAAACSY/WsVyPY0fLn8/s400/Joi76.jpeg

Urusan dipermudahkan.

KOTA BHARU: Urusan pendaftaran perkahwinan di negeri ini kini dipermudahkan apabila 16 masjid utama di semua jajahan sudah dibekalkan dengan perkhidmatan daftar nikah secara dalam talian menggunakan E-Nikah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri (JHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata dengan kemudahan teknologi terkini, semua maklumat daftar nikah boleh dilakukan dengan pantas dan mudah.

Ini adalah projek perintis dan JHEAIK merancang mengembangkannya kesemua masjid besar lain di negeri ini bagi memastikan urusan pendaftaran perkahwinan berjalan lancar. – Che Mohd Rahim Jusoh, Pengarah JHEAIK

Katanya, melalui sistem itu, JHEAIK juga berharap kaedah ini mampu mengatasi kegiatan pernikahan palsu yang dilakukan oleh sindiket kerana hanya pihak bertauliah saja dapat menggunakan sistem E-Nikah.

“JHEAIK berharap melalui pe-ngenalan sistem E-Nikah di semua masjid utama di negeri ini, segala urusan pendaftaran nikah dapat dilakukan dengan segera sekali gus maklumat dapat dicapai dengan segera di jabatan ini.

“Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, JHEAIK akan memanfaatkan penggunaan komputer riba untuk mengembangkan pengenalan E-Nikah sekali gus mengatasi sistem manual, menggunakan kaedah mengisi borang kertas yang sudah tentu membabitkan kos tinggi.

“Ini adalah projek perintis dan JHEAIK merancang mengembangkannya kesemua masjid besar lain di negeri ini bagi memastikan urusan pendaftaran perkahwinan berjalan lancar,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita pada majlis pengurniaan komputer riba bersama kata laluan E-Nikah yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, semalam.

Selain Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, masjid lain yang menerima kemudahan itu ialah Masjid Muhammadi, Masjid Kampung Sireh dan Masjid Telipot, masing-masing di Kota Bharu; Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai dan Masjid Mahmudi, Bachok.

Pada majlis sama, Tengku Muhammad Faiz Petra juga turut mencemar duli merasmikan Makmal Siber Masjid Al-Sultan Ismail Petra, yang bermatlamat memberikan kemudahan kepada belia di sekitar masjid menggunakan kemudahan komputer disediakan di makmal berkenaan.

Che Mohd Rahim berkata, sebanyak 20 unit komputer disediakan di makmal berkenaan dan pengguna terutama pelajar dan belia boleh menggunakan kemudahan itu yang disediakan secara percuma.

credit:bharian.com.my

—————————————————————————————

Kad nikah pintar boleh dipohon dengan bayaran RM50 dan tempoh pemprosesan selama 30 hari.


Carian BHO


Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Afdal nikah di masjid
  2. Nikah dan daftar kelahiran anak dua kali
  3. STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA
  4. Saranan daftar pemilih online
  5. Tidak salah nikah di masjid – Jamil Khir
  6. Daftar pemilih SPR di Internet
  7. Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian
  8. Nenek nikah di sempadan
  9. 2 kali nikah dalam 24 jam
  10. Harga surat nikah ratusan ringgit

 

(TEKAN) Takkan Baca Sahaja, Kongsilah Pendapat Anda :)

 

Your email address will not be published.

@ Guna Facebook Comment di Bawah