
Satu persimpangan bertingkat baharu berharga RM160 juta akan dibina mula pada awal tahun depan sehingga Mei 2012
SEREMBAN – Satu persimpangan bertingkat baharu berharga RM160 juta akan dibina di Kilometer 267.5, Lebuh Raya Utara- Selatan bagi mengatasi kesesakan trafik di persimpangan bertingkat sedia ada di susur keluar Plaza Tol Seremban di sini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, projek itu telah dipersetujui Kabinet pada Julai lalu dan proses melantik jururunding untuk melaksanakan projek itu akan dilakukan PLUS Expressways Berhad (PLUS) dalam tempoh terdekat.
“Persimpangan bertingkat sedia ada dilihat amat sesak terutama pada waktu puncak dan musim cuti.
“Dahulu jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur sekitar 20,000 sehari tetapi jumlahnya meningkat sekali ganda kepada 40,000 sekarang,” katanya selepas melakukan lawatan ke tapak projek berkenaan di sini semalam.
Ujar beliau, dalam tempoh sebulan dari sekarang, PLUS akan melantik jururunding dan kerja-kerja pengambilan tanah akan bermula pada awal tahun depan sehingga Mei 2012.
credit: Kosmo! Online
———————————————————————————-
Membina jalan bertingkat mungkin dapat menyelesaikan masalah trafik. Selain itu, sistem pengangkutan awam harus dipertingkat.
Sistem pengangkutan awam yang baik = Orang awam tinggal kereta dan naik bas/lrt/ktm = kurang kereta di jalan raya= kurang jam
Setuju? Pendapat anda?
Carian BHO
- persimpangan bertingkat baru seremban
- persimpangan bertingkat seremban
- guanepulok blogspot com
- lokasi tol bertingkat seremban
- lebuhraya bertingkat seremban
- info trafik plus latest
- llm lebuhraya akan dibina 2012
- lokasi tol baru seremban
- menara jam seremban
- persimpangan bertingkat
- jaringan pengangkutan lebuh raya utara-selatan
- PROJEK PERSIMPANGAN BERTINGKAT
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Mati terhumban dari laluan bertingkat 10m
- Terminal bas timur dibina Jun
- Bandar moden Palestin mula dibina
- Meru Jaya jadi hab pengangkutan Perak
- Operasi industri bas akan turut disiasat
- Menara tertinggi dunia bakal dibina di Jeddah
- Buka lorong kecemasan1
- TBS lakar kejayaan
- Jambatan terpanjang dunia siap dibina
- Enam lebuh raya baru dibina