Pesakit dakwa petugas ambulans kebas RM2,500

December 31, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Mohd. Farid Nazmi Morad



ALOR SETAR – Seorang mekanik mendakwa wang RM2,500 yang disimpan dalam beg pinggangnya hilang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini dengan sebuah ambulans selepas terbabit kemalangan pada 27 November lalu.

Mohd. Farid Nazmi Morad, 22, berkata, selepas terbabit kemalangan pada pukul 11.30 pagi pada Hari Raya Aidiladha di Jalan Langgar di sini dan patah kaki, dia dibawa ke hospital dengan sebuah ambulans yang diringi tiga petugas HSB.

“Seorang daripada mereka minta beg pinggang dan saya pun bagi, selepas itu saya rasa kaki kanan disuntik dan terus tidak sedarkan diri.

“Ketika sedar sejam kemudian, beg pinggang telah berada di tangan abang dan ayah saya, tapi apabila diperiksa duit RM2,500 dalam itu hilang, manakala duit RM1,700 dalam beg duit tidak hilang,” katanya di pejabat MCA di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply