Pilihan Raya Permatang Pauh

BHO Blog
Antara 3 calon siapakah yang menjadi pilihan hati pengundi Permatang Pauh?
Kalau diikutkan AI ialah favorite untuk memenangi Pilihan Raya kecil kali ini. Ini adalah berdasarkan dari rekod pilihanraya lepas, Permatang Pauh menjadi benteng kuat AI sejak dari UMNO lagi.
Tatkala beliau tiada di “Rumah”, kemenangan besar isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah yang mewakili pihak Pambangkan pada pilihan raya 2008 mencetuskan tanda soal akan kelemahan BN di kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman apabila mereka bertemu secara kebetulan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya, Bukit Mertajam.
Adakah strategi BN meletakkan calon “berjiwa rakyat” mampu menandingi kekuatan pengaruh AI yang merupakan antara pemimpin paling popular dunia? Apakah taktik dan stategi yang dicanangkan BN jika nak menang? Dari khabar “warung2 kopi” BN perlu habiskan berjuta2 ringgit jika inginkan peluang sekurang-kurangnya 50% untuk menandingi populariti AI.
Calon AKIM? Kemungkinan besar akan hilang “wang taruhan” namun tidak mustahil pengundi yang tersepit antara BN dan PKR akan mengundi AKIM. Bagaimanapun peluang itu hanya dalam lingkungan 0.01% sahaja.
Verdict BHO Blog ~ Calon PKR akan menang namun dalam majoriti yang sangat tipis. AKIM akan dapat undi dalam sekitar ratusan sahaja. Ini adalah berdasarkan keadaan semasa. Tiada jaminan diberikan.
Gambar Ehsan ~ BHarian ~ Utusan
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Politik







