Pintar cari jalan pintas

September 8, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



BUNGKUSAN atau kurier perlu disusun dengan teratur bagi menjamin keselamatan kandungannya.


PANDANGAN segelintir masyarakat terhadap tugasan seorang penghantar kurier mungkin agak remeh disebabkan ia merupakan satu tugasan yang mudah untuk dilakukan.

Bagaimanapun, tanggapan tersebut sama sekali meleset kerana menjadi penghantar kurier memerlukan sikap amanah dan tanggungjawab yang tinggi.

Mereka yang bergelar penghantar kurier turut memerlukan daya pengurusan waktu yang cekap setiap kali melakukan tugas penghantaran.

Pendek kata, sikap penyabar dan berdedikasi merupakan kemestian dalam diri mereka demi menjaga kualiti perkhidmatan serta nama baik syarikat.

Perkara itu diakui tiga orang penghantar kurier syarikat antarabangsa, DHL Express Malaysia Sdn. Bhd..

Zainazaan Zainal Abidin, 34, berkata, selama menjadi penghantar kurier bermula kira-kira 10 tahun lalu, tugasnya menuntut disiplin yang menyeluruh.

“Walaupun saya tidak menunggang motosikal lantaran menggunakan sebuah van, rasa tanggungjawab tentang keselamatan penghantaran tetap diutamakan.

“Tugas saya adalah memastikan setiap bungkusan atau kurier yang dihantar sampai di destinasi dengan selamat dan pada masa yang ditentukan,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Bercakap tentang rintangan masa, dia memberitahu bahawa kesesakan lalu lintas di kawasan sibuk ibu negara menjadi cabaran yang terpaksa dihadapi setiap hari, selain keadaan hujan lebat ataupun banjir.

“Sebagai penghantar kurier, saya perlu mempunyai pengetahuan berhubung jalan pintas di segala ceruk Kuala Lumpur untuk memastikan kurier sampai tepat pada masanya.

“Ia penting memandangkan kami mempunyai dua sesi penghantaran yang dalam masa sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang,” ujarnya.

Dua sesi

Sahabatnya, Sayeed Ibrahim Abd. Jabbar, 42, menambah, petugas dan kenderaan yang sama perlu menyempurnakan dua sesi penghantaran setiap hari.

“Maka, penghantaran pagi perlu diselesaikan pada waktunya agar petugas mempunyai cukup masa untuk kembali ke pejabat, mengambil kurier dan seterusnya memulakan sesi penghantaran petang.


DARI kiri: Thirulogachanther, Sayeed Ibrahim dan Zainazaan sering berkongsi maklumat tentang laluan pintas yang masing-masing ketahui.


“Kebiasaannya, kami akan bergerak seawal pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi sesi pagi manakala sesi petang pula bermula pada pukul 2 petang sebelum menghabiskan waktu bekerja kira-kira pada pukul 7 malam,” ujarnya.

Selain daripada menepati masa, Sayeed menambah, mereka juga perlu mempunyai personaliti yang baik seperti sikap mesra dan peramah kerana sering berjumpa dengan para pelanggan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada rutin tugasan yang perlu diikuti untuk memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

Bagi V. Thirulogachanther, 31, kemesraan sahaja tidak memadai kerana mereka perlu mempunyai penampilan kemas dan menarik.

“Setiap penghantar kurier mempunyai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikat dan pengimbas untuk memudahkan tugasan dilakukan.

“Dengan menggunakan pengimbas, kita dapat mengetahui lokasi penghantaran dengan lebih mudah dan pantas malah ia juga dapat bertindak dalam memberi maklumat kepada ibu pejabat apabila penghantaran telah dilakukan,” terangnya.

Thirulogachanther juga menekankan satu lagi sikap yang penting – pemanduan berhemah.

Perkara itu amat ditekankan dalam tugas kerana ia bukan sahaja dapat memastikan bungkusan dapat dihantar kepada pengirimnya dengan selamat.

“Kita juga perlu menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan tidak memandu secara berbahaya,” katanya yang sudah lima tahun berkhidmat dalam kerjaya tersebut.

Ketiga-tiga penghantar kurier itu turut diamanahkan untuk menjaga kenderaan dibekalkan kepada mereka.

DHL Express merupakan syarikat kurier antarabangsa yang mempunyai rangkaian di kira-kira 220 negara seluruh dunia.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply