Pizza Hut perkenalkan Piza Stik Cheesy Bites
QSR Brands Bhd (QSR Brands) yang memiliki francais Pizza Hut memperkenalkan menu terbarunya Piza Stik Cheesy Bites sambil menyasarkan peningkatan perolehan kira-kira 20 peratus dalam tempoh tawarannya di pasaran selama lima minggu saja.
Sehubungan dengan itu, syarikat makanan segera terkemuka itu juga memperuntukkan lebih RM1.5 juta untuk tujuan pengiklanan dan promosi.
Pengarah Eksekutifnya, Sheik Sharufuddin Sheik Mohd berkata, Piza Stik Cheesy Bites menawarkan sajian stik daging yang dipanggang enak, dihiris lembut dan ditaburkan ke atas keju yang menyelerakan, dipanggang sempurna di atas kerak jejari keju.
“Tawaran serba baru ini menampilkan pilihan stik daging atau stik ayam yang diperap memberikan kombinasi hebat stik dan keju yang diidamkan penggemar piza.
“Di samping itu, ketulan stik premium yang dipanggang ini membawa tahap kepuasan baru kepada piza berkenaan. Berintikan sos berbeku dan salsa, keju mozarela, bawang yang dikaramel, cebisan nanas dan lada benggala merah dibakar, ia pasti menawar cita rasa pelanggan,” katanya pada majlis pelancaran Piza Stik Cheesy Bites di Petaling Jaya, semalam.
Katanya, Piza Stik Cheesy Bites bersaiz biasa berharga RM27.90 manakala bersaiz besar dijual pada harga RM37.90 untuk sajian di restoran, bawa pulang atau penghantaran.
“Untuk hidangan berkumpulan, Pizza Hut menyediakan set hidangan kombo untuk dua orang pada harga RM30.90 menawarkan Piza Stik Cheesy Bites biasa, manakala hidangan untuk empat orang boleh didapati dengan harga RM50.90 dengan Piza Stik Cheesy Bites besar,” katanya.
Sumber Harian Metro
BHO Blog – lapar tengok… kena cuba ni
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Tempatan











