PM terima kunjungan hormat Timbalan Setiausaha Negara AS
PUTRAJAYA: Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), James Steinberg, melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di pejabat beliau di sini, hari ini.
Stemberg yang sedang dalam lawatan kerja sehari ke negara ini diiringi oleh beberapa pegawai kanan Rumah Putih.
Selepas Vietnam dan Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke China, Korea dan Jepun bagi melengkapkan siri lawatan kerjanya ke negara Asia.
Difahamkan, dalam pertemuan itu Perdana Menteri dan Steinberg membincangkan pelbagai isu global mencakupi kerjasama dua hala dalam aspek ekonomi, perdagangan dan keselamatan.
Selain itu, Stemberg turut memberi penerangan kepada Najib mengenai inisiatif AS dalam usaha memulihkan ekonomi dunia di bawah pentadbiran Presidennya, Barack Obama dan kerjasama mereka dengan pertubuhan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta G20.
Ia adalah kali pertama Steinberg melakukan lawatan kerja ke negara ini. – Bernama
kredit ~ bharian.com.my
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Berita










