PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi yang menyabit dan menjatuhi hukuman gantung terhadap seorang lans koperal atas tuduhan membunuh penyanyi kumpulan Spoon tidak sepatutnya menerima percakapan beramaran anggota polis itu sebagai keterangan.
Peguam Markhan Singh yang mewakili tertuduh Mohamed Ya’cob Demyati berkata, Mahkamah Rayuan perlu menolak percakapan beramaran anak guamnya kerana ia mengandungi perkataan yang tidak sepatutnya diterima sebagai keterangan.
Katanya, perkataan itu juga tidak merujuk secara khusus kepada fakta kes, sebaliknya ia digunakan untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob, 42, terhadap pertuduhan.
Markhan Singh berhujah dalam rayuan anak guamnya terhadap hukuman mati dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban, 10 April 2002, terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along.
Beliau berkata, tindakan mahkamah menerima percakapan beramaran anak guamnya yang mengandungi perkataan “Mayat Along yang saya isi dalam guni telah saya campak ke tepi jalan ke Kuala Klawang dan saya setuju tunjukkan tempat itu” prejudis anak guamnya.
Katanya, berdasarkan kepada urutan gambar tempat kejadian yang dirakam jurugambar, polis terlebih dulu mengetahui tempat mayat Along ditemui sebelum keterangan mengenai kawasan itu diperoleh daripada Mohamed Ya’cob.
“Walaupun mengetahui dulu lokasi mayat, polis menggunakan Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 untuk mengaitkan Mohamed Ya’cob dengan pembunuhan bagi menunjukkan seolah-olah dia yang membawa mereka ke situ,” katanya.
Mohamed Ya’cob dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu Rindu Serindu-Rindunya dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, 6 Januari 2000.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop akan mendengar hujah pendakwa raya hari ini.
kredit to utusan.
Carian BHO
- along spoon
- along spoon dibunuh
- mengapa along spoon dibunuh
- along spoon dibunuh kerana
- along spoon meninggal dunia
- along meninggal dunia
- kematian along spoon
- along spoon mati dibunuh
- along spoon kisah pembunuhan
- kes pembunuhan along spoon
- kenapa along spoon dibunuh
- MIMPI PAKAI TELEKUNG
- Gambar along Spoon
- sebab along spoon dibunuh
- berita kematian along spoon
- kes along spoon
- kes bunuh
- kes kematian along spoon
- PEMBUNUHAN ALONG SPOON
- along spoon dibunuh mengapa
- gambar mayat along spoon
- sebab kematian along spoon
- christy erni
- kisah along spoon dibunuh
- PUNCA ALONG SPOON DIBUNUH
- cerita mesum melayu
- sejarah kumpulan spoon
- along spoon meninggal
- punca pembunuhan along spoon
- spoon dibunuh
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Remaja Menyamar Anggota Polis Ditahan.
- Baki tiga lagi menyamar polis ditahan
- Harapan berkubur buat Chin Peng
- Polis gagalkan cubaan merompak
- Polis Melampau
- Mat Afrika tinju anggota polis
- Polis tahan bomoh muda
- Kes liwat Anwar ditangguh ke 20 November
- Peguam dijel 5 tahun, tiga sebatan
- Polis Israel tembak jemaah Aqsa
sy dgr2 along dibunuh sbb along main dgn bini polis tu.. xtau la betul ke x, tp klu ikut ura2 camtu la.. wallahualam
bagaimana pula dgn cerita bini polis itu...takkan dia boleh selamat begitu je..waahhh...2 lelaki mati ooo gara2 dia..tak rasa berdosa ke...pihak polis harus bertindak adil...semua yg berkaitan dgn kematian tu mesti di hukum juga