
Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita melarikan diri dari sebuah pusat rawatan serta pemulihan dadah dan akhlak di Wang Tepus di sini sejak 11 hari lalu.
Mohd. Ridhwan Khan Jumakahn (gambar kecil), 30, yang berasal dari Negeri Sembilan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan semasa menerima rawatan di pusat berkenaan.
Pengetua Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk, Mohd. Muzni Mohd. Noor memberitahu, pihaknya menyedari kehilangan pelatih itu ketika mahu mengejutkan para pelatih untuk solat Subuh secara berjemaah kira-kira pukul 5 pagi pada 14 Oktober lalu.
Katanya, pihaknya percaya pelatih terbabit memanjat pagar di pusat itu sebelum berjaya meloloskan diri.
“Kami telah cuba mencarinya di merata-rata tempat termasuk di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang, namun gagal.
“Kami turut menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemuinya di kawasan Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan ingin menghantarnya pulang ke pusat ini.
“Malangnya, pelatih itu berjaya melarikan diri dan masuk ke kawasan hutan kerana tidak mahu diberi rawatan semula di pusat ini,” katanya di sini semalam.
Mohd. Ridhwan Khan dimasukkan ke pusat itu sejak Mei lalu selepas ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah selain berpakaian dan berperwatakan seperti wanita.
Menurut Mohd. Muzni, ketika melarikan diri, dia dipercayai memakai kemeja T berwarna biru gelap dan seluar trek biru.
“Sebelum ini dia pernah cuba melarikan diri sebanyak dua kali, namun berjaya ditahan polis dan dimasukkan semula ke pusat itu.
“Kita tidak mahu dia kembali kepada perwatakan wanita kerana sejak berada di sini dia sudah boleh menerima perubahan dan kembali menunjukkan sifat-sifat kelelakian secara perlahan-lahan,” ujarnya.
Laporan kehilangan pelatih itu dibuat di Balai Polis Jitra pada 22 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes itu.
BHO Blog – Jika kita salah, segeralah mohon ampun kepada Allah, bukannya malah berlagak seperti ini, buat salah tapi tiada niat langsung untuk bertaubat.
sumber maklumat : http://kosmo.com.my/
Carian BHO
- pusat pemulihan akhlak nashahbandi kuala nerang
- pemulihan akhlak nashahbandi
- pusat pemulihan dadah
- lokasi pondan di PJ
- pondan dibelasah
- maknyah alor setar
- gambar pondan melaka
- gambar bertukar jadi pondan
- saujana pondan
- disamun di rumah pondan
- pondan tukar jantina perempuan singapore
- pusat pemulihan akhlak daerah batupahat
- pondan-pondan thailand
- pusat pemulihan akhlak lelaki pokok sena
- berita harian pondan
- pusat pemulihan pondan kuala lumpur
- pusat servis kereta bmw di penang
- ridhwan khan berita mingguan
- senarai pusat refleksologi di kuala lumpur
- pondan terkenal malaysia
- pondan suka
- pondan lari dari pusat pumulihan
- cerita kongkek dengan pondan
- dua alam pondan
- isteri orang gersang taman soga batu pahat
- kes kahwin dengan pondan
- lari dari pusat pemulihan
- mohd ridhwan khan
- pelacur ipoh pondan
- pelacur lorong cungah digempur
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Lari dari mahkamah
- Lelaki lari dari lokap takut ke tali gantung
- Geng Ah Long Pukul, Rantai Peminjam Ditahan Di Pusat Pemulihan
- Sebat pelatih lari tak wajar
- Anak lari ibu sasaran along
- 10 kali lari dari rumah
- Pelatih Puspen merusuh
- Remaja lari dari rumah kerana ganja
- 16 banduan lari dari penjara sesak kerana dilarang solat
- GRO cuba lari dicekup