Pulau Boneka Yang Menyeramkan

DIKENALI sebagai ‘La Isla de la Munecas, oleh orang Sepanyol. Pulau Boneka mungkin boleh dianggap sebagai pusat pelancongan paling menyeramkan di Mexico. Hampir kesemua pokok yang tumbuh di pulau itu dihiasi dengan boneka-boneka tua yang memberikan sesiapa sahaja perasaan seolah-olah sedang dilihat.

Cerita tentang Pulau Boneka bermula apabila seorang pertapa bernama Don Julian Santana berpindah ke situ. Meskipun sudah berkahwin, beliau memilih untuk bersendirian sepanjang 50 tahun usia akhirnya. Don Julian pernah mengatakan dirinya dihantui oleh hantu seorang budak perempuan yang lemas dalam terusan di sekitar pulau tersebut suatu ketika dahulu.

Sesetengahnya mendakwa beliau memancing boneka itu daripada terusan kerana menyangka ia adalah kanak-kanak sebenar. Namun kenyataannya. beliau mengumpul boneka itu dan meletakkannya di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan gangguan hantu seperti didakwanya. Pernah beberapa kali dia menukarkan hasil tuaian buah-buahan dan sayuran untuk membeli boneka usang. Ironinya. pada tahun 2001, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya, di terusan yang sama di mana beliau mengatakan kanak-kanak perempuan itu lemas.


Kini Pulau Boneka menjadi salah satu pusat pelancongan yang paling pelik di dunia. Sesetengah pelancong yang melawat tempat ini mendakwa boneka-boneka itu berbisik supaya memberikan mereka hadiah bagi menenangkan roh di pulau itu.
Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda
Category: Luar Negara, Mystery, Unik











Comments (2)
Trackback URL | Comments RSS Feed