Radiasi stesen pemancar tidak jejas kesihatan: SKMM

October 2, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


SANDAKAN: Radiasi yang terhasil dari stesen pemancar adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan manusia, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Timbalan Pengarah Jabatan Teknologi dan Standard SKMM, Rizal Abdul Malek, berkata radiasi yang terhasil itu menepati piawaian dan garis panduan serta jauh di bawah tahap yang ditetapkan International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP).

“Apabila peralatan komunikasi berhubung dengan stesen pemancar, radiasi frekuensi akan terhasil tetapi kekuatan kuasa pancaran peralatan tersebut adalah 20 hingga 200 kali lebih rendah daripada stesen pemancar.

“Ini bermakna radiasi yang terhasil dari stesen pemancar adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan manusia yang tinggal di kawasan sekitarnya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Garis Panduan Menara/Struktur dan Impak Pembangunan Teknologi” di Seminar Radio-Frekuensi di sini hari ini.

Rizal berkata, garis panduan ICNIRP iaitu badan antarabangsa yang membuat kajian dan menghasilkan garis panduan mengenai radiasi tidak mengion, turut digunakan di negara lain seperti Singapura, Perancis, Australia dan New Zealand.

Mengenai bantahan penduduk setempat mengenai pemasangan menara komunikasi oleh SKMM, beliau berkata pada tahun lalu pihaknya menerima sebanyak 86 aduan berhubung pembinaan menara di kawasan berpenduduk dan kebimbangan penduduk tentang implikasi kesihatan.

Katanya, SKMM dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia telah membuat siasatan menyeluruh aduan berkenaan dan mendapati bacaan radiasi stesen pemancar stesen selamat dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Selain itu, katanya, pihaknya mendapati implikasi kesihatan dan bantahan penduduk adalah disebabkan oleh faktor luaran seperti persekitaran dan kebersihan.

“Bantahan juga sering dicetuskan akibat inginkan sumber pendapatan sewaan tapak menara yang telah dibina atau dirancang di tapak milik individu lain,” katanya. – Bernama

kredit ~ bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Tempatan, Warning

About the Author ()

Leave a Reply