Ramai Calon Bebas Dalam PRU 13

June 29, 2012 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Dalam sebuh artikel di Sinar Harian, Dr Aminudin Mansor menjangkakan ramai calon Bebas akan bertanding di PRU 13. Calon-calon ini juga dijangkakan bisa mendapat kerusi kerana mereka adalah bekas Ahli Parlimen dan orang berpengaruh di kawasan tersebut.

CALON bebas adalah kuasa ketiga selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang boleh memecahkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kuasa dan pengaruh calon bebas ini bukan calang-calang orang kerana kebanyakannya calon dan ahli Parlimen yang lantang dan berpengaruh di kawasan mereka.

Mengikut perhitungan dan kajian, ramai calon Bebas akan bertanding peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun). Ada antaranya yang bertanding atas tiket calon Bebas seperti Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu Datuk Ibrahim Ali manakala tidak kurang juga yang dipecat daripada parti seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali.

Di belakang mereka ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara aktif seperti pertubuhan Perkasa dan juga Jati. Di Parlimen kini terdapat beberapa wakil calon Bebas antaranya Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Seri Zahrin Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar), Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai), Datuk Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri dan terbukti lantang di Parlimen dan menjalankan tugas dengan berkesan iaitu menyuarakan hak dan kehendak rakyat di kawasannya.

Kalangan mereka mengambil pendekatan yang popular dari segi mengupas isu yang dibangkitkan di Parlimen dan isu semasa di media massa. Mereka mempunyai pengikut yang setia dan kebanyakannya adalah penyokong atas pagar yang tidak menyertai manamana parti.

Sejak akhir-akhir ini istilah “himpun” sangat popular digunakan semua pihak. Jika dikaji secara makna tersurat “himpun” membawa maksud proses mengumpulkan sesuatu atau orang. Dalam makna tersirat “himpun” boleh diterjemahkan sebagai mengumpulkan orang ramai dengan niat dan tujuan yang tertentu khususnya tujuan politik.

Justeru, melalui perhimpunan iaitu perihal berhimpun beramai-ramai untuk sesuatu tujuan tertentu mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat umum. Sementara itu, tidak kurang juga mereka yang akan bertanding atas tiket Bebas yang tidak mempunyai parti sebagai contoh di Pulau Pinang ada tiga atau empat calon Bebas dikatakan yang akan bertanding.

Di Kedah terdapat dua calon yang akan bertanding atas tiket Bebas. Di Selangor mungkin dua atau tiga calon Bebas yang akan bertanding. Begitu jugalah di beberapa negeri lain seperti di
Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan di peringkat Dun dan Parlimen.

Beberapa kawasan juga sangat popular ditandingi calon Bebas seperti di Sibu dan Batang Lupar, Sarawak; di Sungai Petani, Kedah; Gombak, Kapar dan Kota Raja. Kawasan tersebut dikatakan mempunyai pengundi atas pagar yang ramai berbanding dengan kawasan lain.

Kecenderungan mereka yang bertanding atas tiket calon Bebas mungkin disebabkan mereka tidak ada parti tetapi mempunyai pengaruh dan sokongan yang kuat di peringkat akar umbi. Mereka ini juga mungkin aktivis NGO yang berpengaruh di peringkat negeri dan kebangsaan yang memperjuangkan pelbagai masalah rakyat.

Bagaimanapun, ketika pilihan raya, kebanyakan pengundi akan memilih parti dan bukannya calon individu. Calon individu yang dipilih mestilah mempunyai sesuatu keistimewaan. Sistem ini mudah difahami kerana perwakilan di Parlimen atau di Dun mencerminkan kehendak rakyat di peringkat bawah.

Wakil rakyat seharusnya menjadi jurucakap rakyat yang diwakilinya di peringkat Dun dan Parlimen. Tetapi jangan dipandang enteng dalam PRU13 sudah pasti akan ramai calon Bebas yang bertanding untuk merebut dan memenangi kawasan “panas” tersebut.

DR AMINUDIN MANSOR

Penulis pengamal media, PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

BHO Blog – Saya menjangkakan PRU 13 bakal menjadi Pilihan Raya yang paling sengit dalam sejarah Malaysia berdasarkan suasana semasa yang berbelah bahagi dengan pengundi di atas pagar menjadi penentu kemenangan tipis kepada mana2 pihak. 

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Politik

About the Author ()

BHO tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen dan kritikan yang dibuat oleh pelawat BHO blog. Segala maklumat dan pertanyaan berkenaan BHO blog bolehlah dimaklumkan ke alamat emel mybantuan@gmail.com

Leave a Reply