Ramai pelajar tersingkir awal
KOTA BHARU – Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.
Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul.
“Selepas pertandingan dilanjutkan tarikh tutup pada 19 Mac lalu, kita menerima tambahan penyertaan sehingga melebihi sasaran sebenar 100,000.
“Namun begitu, sebahagian besar penyertaan itu tidak menepati format penulisan surat yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia.
“Kemungkinan kecanggihan teknologi yang tertumpu kepada SMS menyebabkan ramai yang tidak mahir lagi menulis surat dan terlupa caranya,” kata beliau selepas melancarkan Mentor Protege dan Laman Web Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas serta Anugerah Juara 2009 di sini semalam.
Beliau berkata, tindakan tertentu mungkin boleh diambil bagi mengatasi kelemahan yang berlaku agar tidak berulang pada masa hadapan.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya melakukan proses penapisan dan penyingkiran terhadap penyertaan yang tidak mengikut format ditetapkan.
“Proses pengadilan sebenar akan dilakukan oleh 28 orang profesional dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pelajaran,” katanya.
kredit : kosmo.com.my











peraturan pertandingan tidak menyatakan format surat sebenar. samada surat rasmi atau tidak rasmi. ini yg membuatkan pelajar keliru. tidak boleh salahkan pelajar 100%. peraturan pertandingan tidak lengkap.
Betul tu.Nama pertandingan ini pun Pertandingan menulis surat kepada perdana menteri,pernahke pelajar bagi surat tak rasmi dkat pm ?:?
Tak sab0r nk tnggu kputsan ni….. Agaknya bla lerr…….
actually , kalau nak hantar surat mesti lah rasmi , kalau tak rasmi namanya bukan untuk perdana menteri … kalau untuk perdana menteri mestilah rasmi …. takyah nak tanya pun dah tau … kalau tak rasmi … untuk kawan2 boleh lah .. aiyor … takan itu pun nak di ajo …
sdeyhnyer td bce nama pemenang tp nama sy xd..pdhl surt tu da wt yg terbaek..surt yg ditulis yg ikut format btol2 ker perdana menteri kite bce…ker ad penyingkiran lain pulk?
tngk kat mane snrai pmnng n nk layari lamn web epe ye…..?
bila keputusan surat kepada perdana menteri akan diumumkan??
kenapa nama pemenang saguhati x disiarkan?
korang ni tahu nak komen je….
harap semua dapat terima kenyataan ini ye
where can c the result?
kat mn kita nk tengok senarai nama pemenang
Pertandingan ni dah umum senrai pmnang ke?????musykil la..
BLE AGKNYE RESULT TU NK KUAR??????????DH BLN BAPE DH NIE….
sya rasa…banyk murid yg tidk faham tentang format kerana…
tidak tahu format surat tersebut. Sya juga ingin tahu bila kah tarikh keputusan tentang pemenang ini akn dkeluarkan….sya brharap agar keputusan ini segera dikeluarkan kerana hati sya sentisa menunggu keputusan ini……..:?
Keputusan dah diumunkan ke???
Mana boleh saye dapatkan keputusan tersebut???
stpd things…can’t find anything too…~!!
Itulah, belajar bahasa Melayu main-main.Menulis surat biasa pun tidak tahu.:choler: