Rangka milik Raja Richard III ditemui

September 15, 2012 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


LONDON – Ahli arkeologi Britain, kelmarin mengumumkan rangka yang ditemui di bawah kawasan parkir kereta di tengah England mungkin milik pemerintah Zaman Pertengahan, Raja Richard III.

Penyelidik dari Universiti Leicester,  Richard Taylor menyatakan hasil kajian mereka ke atas rangka berusia lebih 500 tahun itu menunjukkan ciri persamaan dengan raja yang memerintah England antara 1483 dan 1485.

“Kami sedang menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan sama ada ia milik Raja Richard atau tidak,” katanya. Difahamkan, usaha menggali semula kawasan sekitar tempat parkir kereta tersebut telah dimulakan  sejak tiga minggu lalu. – Reuters

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Luar Negara

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Aryzea says:

    Satu penemuan yang menarik kalau benar ini rangka Raja Richard III

Leave a Reply