Remaja diperas ugut ‘banduan’

October 4, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR: Mereka mendakwa kononnya banduan kejam yang baru dibebaskan, namun ia sekadar modal murahan sekumpulan lelaki untuk memeras ugut remaja bagi mendapatkan wang mudah.

Dalam kes terbaru, dua pelajar mendakwa menjadi mangsa peras ugut kumpulan penjenayah berusia 40-an itu ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang semalam, kedua-dua mangsa yang berusia 18 tahun dihampiri dua lelaki tidak dikenali di tingkat lima bangunan berkenaan.

Katanya, dua lelaki berusia 40-an itu mendakwa kononnya baru dibebaskan dari penjara akibat terbabit dengan pelbagai jenayah kejam.

Kedua-dua suspek kemudian meminta pelajar institut pengajian tinggi swasta itu menyerahkan wang RM50 seorang untuk mereka.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa memberi alasan masih belajar dan tiada wang seperti diminta.

“Namun seorang suspek yang tidak berpuas hati memberi ‘diskaun’ dengan menuntut mangsa memberi hanya RM10 seorang. Suspek memberitahu, mangsa perlu menolong atas dasar semua mereka adalah satu bangsa,” katanya.

Suspek turut mengugut supaya mangsa tidak menaikkan kemarahan mereka, malah tidak akan dibenarkan keluar dari pusat beli-belah terbabit dengan selamat.

“Suspek yang mungkin hampir berputus asa selepas puas mengugut mangsa kemudian meminta RM5 seorang.

“Ketika itu mangsa bagaimanapun sengaja melengah-lengahkan kedua-dua suspek dengan tujuan mendapatkan bantuan orang ramai. Bagaimanapun, tiada sesiapa di kawasan terbabit menyedari mangsa diperas ugut dua ‘banduan’ berkenaan,” katanya.

Ketika ingin menyerahkan wang kepada suspek, mangsa ternampak beberapa orang muncul sebelum menjerit meminta tolong.

“Berikutan itu kedua-dua suspek ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pengawal keselamatan pusat beli-belah. Polis kemudian membawa mereka ke balai polis untuk soal siasat.

“Siasatan polis mendapati suspek berusia 41 dan 44 tahun berkenaan berasal dari Taman Sentosa Klang dan Jalan Hang Tuah di sini,” katanya.

kredit ~ hmetro.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , , , ,

Category: Jenayah, Tempatan, Warning

About the Author ()

Leave a Reply