Reman Benjy dilanjut seminggu lagi
KUALA LUMPUR: Tempoh tahanan reman terhadap pelakon yang juga anak aktres Azean Irdawaty, Benjy (gambar) berhubung penemuan 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu bernilai lebih RM650,000, Khamis lalu, dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Mac ini.
Pendaftar Mahkamah, Bakri Ali Omar mengeluarkan perintah itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, 31, dan rakan wanitanya yang berusia 23 tahun di Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam. Difahamkan, pelakon itu tiba di mahkamah dari Pusat Tahanan Reman di Bukit Jalil kira-kira jam 10 pagi dan meninggalkan kompleks mahkamah sejam selepas itu. Pihak media yang membuat liputan kes itu dimaklumkan Azean Irdawaty akan hadir ke mahkamah untuk berjumpa anaknya, namun tidak muncul. Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, ketika dihubungi Harian Metro, berkata lanjutan tempoh tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes berkenaan.
Sumber : Harian Metro











Sebagai peminat azean Idrawaty, saya amat bersimpati akan nasib yang menimpa beliau. Belumpun pulih dari sakit barah payudara kini musibah lain pula yang menimpa. Saya meminati laku benjy, tpi kejadian yang menimpa beliau benar-benar diluar jangkaan sesiapapun. Kita sebagai insan yang sesungguhnya tidak terlepas dari membuat kesilapan. Dalam hal begini kita tidak harus terus menunding jari kepada azean mahupun benjy. Azean telahpun menunaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anaknya. Mungkin dalam percaturan begini benjy telah tersilap langkah. Apapun jua ia merupakan satu iktibar kepada semua, melakukan sesuatu biarlah berfikir untuk jangka panjang. Apapun kita doakan semoga semuanya selamat. Semoga Azean tabah menempuhi dugaan ini disebaliknya dugaan ada hikmatnya. Begitu jua benjy jika tidak bersalah usah gentar menempuhi dugaan. Allah ada berfirma dalam Quran lebih kurang begini maksudnya “Tidak aku uji hambaku melainkan atas kemampuannya”.
doa kan segalanya selamat
perkara begini memang kita semua tidak sangka,biarlah undang undang putuskan,sebagai iktibar untuk kita,ingatlah,no one above the law
sama ada benjy bersalah atau tidak, tiada siapa yang tahu melainkan benjy sendiri…
Siapa kita untuk sesuka hati judge orang
x dapek den nak nolongnyo ehhh… selombut lombut ayer bilo dah jd ais… dilotok kek kpalo baru tau koreh x korehnyo. dolu dolu x ingek mano yg baik n yang buroknyo. ikhtibar tu buek semuo….
Semoga benji akan terlepas daripada hukuman, diharap ibu azean dapat menempuhi dugaan ini dengan tenang dan tabah.Untuk benji, semoga dugaan ini dapat mematangkan beliau.
s
pegi mati la sama si benjy tu…perosak bangsa….kalo diikutkan memang ke tali gantung la….biar dia mati…..ini ikat jamin rm2000 je???apakes…polis kena suap ke???itu dah tentu…kalo org biasa yg kena …sah2 kena gantung….so…..hukuman tetap hukuman…benjy bodoh bangang…..
mama pun minat ngan benji tu…tp polis ni dia nk tangkap bukan sebarangan,..messti dah buat intipan lama…tgk la mcm mana keputusan nanti.:!:
ape2 pun kita biar mahkamah buat keputusan..
benji …..kuatkanlah imam dan bertawakal lah dgn yang Maha Esa….
anak artis tokan biasa la…anak polis pon belambak jd tokan spa tau…cover line bapak diorg polis….kabel besaq la org kta kan..spa nk tngkap….
sekarag bukan nya masa untuk menunding jari masing2…?? so bila paham bahasa tapi tak reti bahasa len org suruh buat n lain pulak dibikinnya
jd tahan ada maksud tersendiri sekolahkan balik then LU PIKIRLAH sendiri…….