
Dakwaan mengatakan restoran dan gerai makanan yang mengambil bahagian dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia tidak mengikut harga dan kualiti yang ditetapkan tidak benar berikutan mereka masih menawarkan harga seperti dicadangkan kerajaan.
Tinjauan Harian Metro terhadap beberapa restoran yang menyediakan menu itu mendapati mereka masih menawarkan harga sama iaitu bagi sarapan di Semenanjung RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan manakala untuk makan tengah hari, di Semenanjung RM4 dan RM5 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sebelum ini, ramai pengguna laman sosial facebook meluahkan kekecewaan dalam komen mereka mendakwa restoran atau gerai makanan yang menyediakan menu itu tidak mengikut standard harga program berkenaan dan mendakwa ada pengusaha yang cuba mengeksploitasi program itu.
Difahamkan sehingga pertengahan Julai lalu sebanyak 728 gerai makanan dan restoran sudah mengambil bahagian dalam program berkenaan dan rata-rata pengusaha makanan berpendapat usaha itu sangat baik kerana dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan orang ramai berhubung program berkenaan.
BHO Blog - Harap harap tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga makanan menu 1 Malaysia ini. Ikutlah harga yang ditetapkan kerajaan.
sumber maklumat : http://hmetro.com.my/
Carian BHO
- sinopsis novel tingkatan 3 merenang gelora
- berita harian-kicap tamin
- stokis eskinol
- artikel 1malaysia jpj
- berita tentang kicap jalen
- contoh sinopsis novel merenang gelora
- sumber kewangan kicap tamin
- diskusi 1 malaysia
- dr mariani md nor didik anak
- biodata novel merenang gelora tingkatan 3
- berita harian(1 malaysia)
- keratan akhbar kicap jalen
- gerai karim menu 1 malaysia
- restoran 1malaysia
- cukai jalan 1malaysia
- kicap jalen di dalam akhbar
- kicap tamin di akhbar
- keratan akbar kicap jalen
- komen sl1m tnb
- komen menu 1 malaysia
- menu harian untuk restoran
- pasar raya 1 malaysia di sepang
- peranan restoran 1 malaysia
- perangai sebenar zaquan adha
- restoran-restoran 1malaysia
- jpj 1malaysia danau kota
- jalen kicap
- jalen in kosmo
- 1malaysia berita harian
- akhbar mengenai kicap jalen
Baca Post Lain yang Berkaitan: