Ribuan spesies aneh huni dasar laut

November 24, 2009 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


GAMBAR menunjukkan timun laut lut sinar yang ditemui di Teluk Utara Mexico.



NEW ORLEANS – Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar.

Satu laporan yang disiarkan kelmarin merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.

“Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit,” kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600 spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian hidupan laut itu.

Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak.

Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.

Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter yang tiada sinaran matahari. – AP

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Mystery

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. amilia says:

    per!!!!!!pelik giler!!!!dah la wane pink..ade mate cam kte ar….:D

Leave a Reply