RM10 sekali belajar

November 25, 2009 | By | 3 Replies More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


Bermula daripada minat memasak, Rohayati Ayub terus menapak untuk melahirkan lebih ramai wanita yang kaya dengan ilmu di dapur.


MESKIPUN baru setahun jagung, namun RFC Enterprise lahir hasil dedikasi dan kerja keras Rohayati.


PEPATAH Melayu ada mengatakan, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan Kalau tak pecahkan ruyong, manakan dapat sagunya.

Kedua-dua pepatah ini cukup untuk membayangkan betapa keinginan yang tinggi dan usaha yang tidak pernah jemu jika sentiasa digerakkan pasti akan membuahkan hasil yang tidak pernah mengecewakan.

Berbekalkan pepatah itulah, Rohayati Ayub memulakan langkah pertamanya untuk bergelar ahli perniagaan yang berjaya walaupun ia bukanlah melibatkan aset bernilai jutaan ringgit.

Namun, satu kepercayaan yang sentiasa dipegang usahawan yang juga merangkap tenaga pengajar yang sudah mencecah usia 45 tahun ini, setinggi mana kejayaan yang diraih pasti bermula dari langkah yang satu.


KELAS masakan Rohayati serendah RM10 saja.


Kini, dia sudah boleh berbangga dengan pembukaan sebuah RFC Enterprise iaitu premis membekalkan bahan dan peralatan membuat kek, roti dan biskut. Tidak ketinggalan beliau juga meringankan tulang menganjurkan kelas memasak hasil usaha dan pengalaman yang dikutip beberapa tahun lalu.

Jelasnya, walaupun premisnya itu baru berusia setahun jagung (mula dibuka pada Jun 2008), namun kini premisnya susah mempunyai lebih 300 ahli yang sama-sama minat dalam bidang masakan.

“Ada antara ahli RFC yang datang dari jauh termasuklah Sabah, Sarawak dan Brunei,” katanya ketika ditemui sejurus selesai Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bercerita mengenai pendidikan dan pengalaman dalam bidang masakan, dia memberitahu segalanya apabila dia mengikuti pengajian peringkat sijil dalam bidang Pengurusan Hotel di Institut Latihan Pertak, Selangor.

Selepas itu jelasnya, dia memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menganjurkan kelas memasak di rumahnya di Taman Sejahtera, Alma sekitar awal 1980-an.



Pada masa yang sama jelasnya, dia turut memenuhi undangan dari beberapa pihak di seluruh negara untuk menjadi tenaga pengajar dalam kelas memasak yang dianjurkan.

Selain pihak persendirian, dia turut menerima undangan untuk membuat latihan dan kelas memasak anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta selain menganjurkan kelas yang sama untuk pelajar lepasan sekolah.

Selepas tahun berganti tahun, jumlah pelajar yang mengikuti kelas di rumahnya semakin ramai dan permintaan terhadap bahan dan peralatan memasak juga turut meningkat.

“Ramai pelajar saya merungut mereka sukar untuk mendapatkan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat sesuatu masakan yang diajar dalam kelas saya.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk membuka sebuah premis membekalkan bahan dan peralatan memasak bagi memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

“Sekarang, premis saya menjadi tumpuan golongan wanita dan ibu-ibu untuk mencari apa sahaja bahan yang mereka diperlukan untuk mempraktikkan resipi masakan di rumah mereka sendiri,” jelasnya yang lebih senang disapa sebagai Kak Aya.

Selain premis membekal bahan masakan, dia turut membuka kelas masakan yang boleh memuatkan kira-kira 50 pelajar sekali gus di tingkat satu premis yang sama.


SALAH satu menu yang diajarkan di kelas masakan RFC Enterprise.


Jelasnya, kelas berkenaan yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad memberi peluang kepada para pelajar melihat demonstrasi memasak sesuatu jenis masakan secara terus selain teori yang diajar berdasarkan resipi yang disediakan.

Tidak hanya tersekat kepada masakan roti dan kek sahaja, Rohayati turut mencurahkan ilmunya dalam bidang masakan kuih tradisional, ais krim dan masakan barat kepada mereka yang berminat.

Dengan bayaran serendah RM10 untuk setiap kelas masakan, tidak hairanlah kelas memasak RFC sentiasa dipenuhi golongan wanita dan ibu-ibu yang ternyata dahagakan pelajaran yang menjadi tunjang kepada kehidupan golongan wanita Melayu.

Malah dengan pelan jangka panjang untuk menyediakan sebuah asrama kepada pelajar yang datang dari jauh, tidak mustahil premis milik Rohayati ini bakal menjadi kilang yang akan melahirkan golongan wanita yang kaya dengan ilmu orang dapur.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: , ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. intan says:

    hai,boleh x sesiapa bagitahu saya di mana alamat RFC Enterprise..tnx

  2. hidayah najeeb says:

    bila lg kursus ini akan diadakan lagi??

  3. User says:

    Untuk kelas masakan dan maklumat lanjut, Sila Hubungi di:
                                       RFC Enterprise
    Tel: 04-5514 062   Handphone: 019-480 9558  Fax : 04-5514 062
    Email: rohayakitchen@yahoo.com

Leave a Reply