Rogol: 2 sahabat dipenjara 16 tahun, 12 sebatan

October 21, 2009 | By | 1 Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUANTAN: Dua sahabat masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur, empat tahun lalu.

Tertuduh pertama, Shaiful Abd Rahim, 29, dari Felda Lepar Utara 2, Bandar Jengka dituduh merogol mangsa di dalam tandas bangunan Koperasi Felda Utara 2 antara jam 2.30 pagi dan 3 pagi, pada 19 Mac 2005.

Tertuduh kedua, Mohd Sobri Abd Rahman, 24, dari Felda Lepar Utara 4, Bandar Jengka dituduh merogol mangsa yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mereka didakwa bersama mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendawa Raya, Kalmizah Salleh dan peguam tertuduh, Che Ariffin Mohd Ali selesai menggulung hujah masing-masing.

Terdahulu, dalam rayuannya peguam tertuduh pertama dan kedua memberi alasan anak guam masing-masing menjadi tulang belakang keluarga selain mempunyai ibu bapa yang berpenyakit kronik.

Bagaimanapun, Kalmizah memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih berat terhadap kedua-dua tertuduh kerana perbuatan mereka disifatkan amat keji dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya.

Katanya, mahkamah perlu mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan individu dalam membuat keputusan dalam kes itu.

Beliau berkata, pihak pendakwaan mahukan hukuman yang dapat memberi kesedaran dan pengajaran terutama kepada tertuduh dan masyarakat.

credit:bharian.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Category: Berita, Jenayah

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. am says:

    Kalau ariel peter porn kena penjara coz video tersebar, aper cerita nurman hokkien yang terang2 main dgn tunang?

Leave a Reply