Rokok keretek seludup RM3.7 juta dilupus

December 17, 2009 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~



PELUPUSAN rokok seludup yang dirampas dilakukan di pekarangan bangunan Ibu Pejabat KDRM, Kelana Jaya semalam.


PETALING JAYA – Selepas berjaya menyabitkan kesalahan menyeludup rokok ke atas tiga individu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuan melupuskan sejumlah 27,855 kilogram rokok putih dan keretek seludup bernilai RM3.72 juta semalam.

Rokok-rokok berkenaan dilupuskan di pekarangan bangunan Ibu Pejabat KDRM di Kelana Jaya di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan KDRM Wilayah Persekutuan, Ajib Busro berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk melupuskan rokok seberat 27,855 kilogram bernilai RM3,713,880 dengan cukai kastam sebanyak RM9,154,714.

Sebelum ini, pihaknya berjaya mendakwa tiga individu berhubung dua kes penyeludupan yang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu menyedari diri terlibat mengangkut barang-barang belum lulus kastam .

“Pemusnahan rokok hari ini (semalam) dijalankan dengan kerjasama Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags: ,

Category: Berita, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply