Sabah, Sarawak contoh perpaduan 1Malaysia: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata semangat, perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata, terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.
“Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.
“Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini,” kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia hari ini, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.
Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia “lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya”.
Katanya, contoh itu telah merangsang komitmennya dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.
“Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” kata Najib.
Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang juga penyumbang penting kepada ekonomi negara.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.
Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau “ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka”.
“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.
Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963. “Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung.
Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu,” katanya.
“Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama. “Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu.
Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama,” kata Perdana Menteri. – Bernama
kredit ~ bharian.com.my








Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Sabah dan Sarawak amat padan dengan slogan 1 Malaysia yang cuba dibawa oleh YAB Perdana Menteri. Di Negeri Sabah umpamanya, walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya contohnya kaum Dusun, Kadazan, Cina, Murut, Iban, India, Bugis, Timor, Bajau dan sebagainya namun mereka masih mampu mencari persepakatan dan hidup dengan penuh harmoni. Hal ini perlu di hargai dan harus dicontohi oleh semua pihak agar keharmonian dapat dikekalkan bukan saja di negeri tersebut tapi di seluruh Malaysia. Dan yang amat penting, kejadian pada 13 Mei dapat dielakkan.
sabah adalah negeri yang paling kaya dengan etnik, suku, dan kebudayaannya. Jadi sudah tentu sabah-sarawak menjadi negeri contoh untuk konsep 1 malaysia yang menjadikan kita semua kepada 1 iaitu bangsa Malaysia.
Bangsa Malaysia unit. Ia tiada penyingkiran etnik, suku, agama,Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah, bumiputra Sarawak, hidup di bawah satu Panji iaitu Jalur Gemilang. Kunci keberhasilan ini di asaskan oleh TUN ABDUL RAZAK pembinaan Rukun Negara. Kita 1 Bangsa Malaysia. PERINGATAN bukan I Bangsa 1 Israel.Israel itu israellah. Jadi kita semua adalah raktyat. Ingatlah tiada rakyat tiadalah negara. jadi Hati Rakyat Kena dijaga. Sikap Turun Pandang To Penting. Bukan mau pilihanraya baru turut. Kita cari isu yang menyatukan kita semua iaitu “sejarah”. Sabah n Sarawak kena dijaga dengan baik. Mereka setia kpd krjn tapi kuasa rakyat dah terbukti pd plhry 12. Rakyat rasa tertipu.
Salam kegemilangan salam kecemerlangan,
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,
Salam perpaduan, jgn yg kecik dibesar-besarkan,
ibarat kanta pembesar membesarkan kuman,
biarlah jadi resmi padi,
sentiasa tunduk kerana berisi,
usah menjadi anjing tersepit,
makin ditolong makin menyalak,
sudah sekian lama memendam rasa,
akhirnya meletup juak,
perasaan hasad dengki, usah dipelajari,
walaupun namanya PHD,
utamakan tujuan utamakan wawasan,
hidup sarawak dalam ingatan,
bukan mudah mempertahankan,
ingatkan kemerdekaan dalam semua kawan-kawan,
yg bertopengkan manusia tapi sebenarnya syaitan,
biarlah Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan,
insyallah kita akan hidup dalam kedamaian,
walaupun berbagai pegangan,
sentiasa hidup dan mati dalam iman.
AwengShah,
http://mybazaar2u.com/blog
pembangunan d kampung kami memang menjanjikan sesuatu yang baik tapi menyusahkan penduduk..sampai sekarang rumah yg drobohkan belum diberi sepertimana yg dijanjikan
i’m proud being a Sarawakian.nak tahu kenapa bangsa di Sarawak dan Sabah boleh hidup harmoni?the answer is RESPECT.my experience keja di S’nanjung.kerap berdepan with some S’jungian yg still prejudice terhadap budaya hidup kaum Sabah dan Sarawak.mcmlah mereka tu baik sgt.tapi ada yg pengotor rupanya.komen mcm2 tentang budaya hidup org lain.masih bercakap slanga ibunda pun dikomen.come on lah.be positive and optimistic.you sendiri pun lum tentu fasih your own mother tongue.you learn to respect, you earn respect.
Auk bah.