Sudah lapan tahun Abdul Halim memberi ceramah mengenai sains dan matematik di jalanan.

SEKALI imbas jika terserempak dengannya di ibu kota, kita pasti menyangka dia tidak lebih daripada seorang penjual ubat jalanan.
Lebih ekstrem, ramai mendakwa dia mungkin gila apabila melihat tulisan yang digayut di dadanya ‘Saya Ketua Saintis Dunia’.
Tapi bagi Abdul Halim Bustaman, biar apa pun gelaran diberi orang ramai, dia tetap dengan caranya yang mengemukakan idea sains dan matematik ciptaannya di jalanan.
Dengan berketayap dan berjubah, lelaki berusia 54 tahun itu sebenarnya hampir lapan tahun memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kajian dalam bidang sains dan matematik yang didakwanya sering dipandang serong oleh masyarakat di negara ini.
![]() |
“Saya bukan gila. Tujuan saya lakukan semua ini hanya untuk mendatangkan minat kepada orang ramai mengenai ilmu matematik dan sains.
“Saya sudah lali dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah pada ilmu yang saya peroleh ini,” kata bapa kepada lapan orang anak berasal dari Ipoh, Perak ini.
Menurut Abdul Halim, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik selama 10 tahun dan kemudiannya berhenti menjadi guru dan mula membuat kajian terhadap sistem pengajaran matematik. Sistem logik yang pernah dipopularkan oleh Edward de Bono dari Universiti Oxford.
“Teknik dan kepakaran saya dalam bidang matematik diakui golongan cerdik pandai tempatan mahupun luar negara. Malah, beri peluang pada saya membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka,” katanya.
Ujar penceramah ini lagi, kerjaya sebagai penceramah jalanan telah dilakukan sejak lapan tahun lalu dan selama tempoh itu, Abdul Halim juga mendakwa sudah mengelilingi semua daerah dalam negara untuk menyampaikan hasil kajiannya itu.
“Saya akan berceramah di kaki lima antara 40 minit ke satu jam, kemudian balik rumah anak-anak atau balik Ipoh terus. Sepanjang tempoh itu juga, lebih 10,000 buah buku hasil kajiannya telah dijual,” katanya.
Apabila ditanya apakah impian yang ingin dicapai sebagai penceramah jalanan pada tahun baru ini, beliau dengan pantas membalas:
“Tahun depan saya beri ceramah di kota London. Pada masa ini saya cuma menunggu untuk mendapat kebenaran berceramah di sana sahaja lagi,” katanya.
Selain berazam ingin melahirkan lebih ramai pemikir Islam, Abdul Halim juga berhasrat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bercerita sendiri pengalaman dirinya menjadi penceramah jalanan dan kajian dilakukan.
Pada satu pertemuan di Kuala Lumpur, Abdul Halim sempat menunjukkan beberapa helai sijil penyertaan dan penglibatan dalam beberapa siri lawatan dan gambar ketika berjumpa dengan tokoh akademik yang disimpan dalam kotak di atas troli yang digunanya membawa papan putih ketika memberi ceramah.
kredit : kosmo.com.my
Carian BHO
- abdul halim bistamam
- Ketua Saintis Dunia
- abdul halim bustaman
- abd halim bistamam
- saintis rafidah
- abdul halim bustamam
- abdul halim bistaman
- abdulhalimbistamam com
- abdul halim bistaman com
- SIAPA EDWARD DE BONO
- abdul halim bistamam guru matematik
- saintis malaysia (cikgu halim)
- siapa ketua saintis dunia
- ketua SAINSTIS dunia
- abdul halim bistamam wikipedia
- abdul halim bin bistamam
- halim sainstis dunia
- ketua saintis islam dunia
- pendapat-pendapat tokoh-tokoh akademik tentang edward de bono
- saintis malaysia
- saintis rafidah-wikipedia
- siapa abdulhalimbistamam
- ketua saintis gila
- ketua saintis dunia ipoh
- abd halim bistaman
- abdul halim bistamam ketua sainstis dunia
- abdulhalimbistamam
- abdulhalimbustamam
- blog cg bistaman
- buku abdul halim bistamam
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Emas kaki lima
- Hanya Kerana Melompat di Kaki Lima Kelas
- Saintis India Temui Bakteria Yang Tidak Pernah Dijumpai Di Permukaan Bumi
- Kaki pancing kota
- Lima artis berpesta diserbu polis
- Tiga beranak maut tersepit – Lima kereta dirempuh lori tanah di persimpangan lampu isyarat
- Kaki pukau kebas wang zakat raya
- Melencong tawar khidmat seks – Muslihat kotor pemilik premis urut kaki terbongkar
- 140 pelajar, pensyarah Politeknik terkandas di kaki Gunung Tebu
- Lima bulan pendam rahsia
