
Dalam berita seterusnya di Asia tengah, saluran paip Gas Mesir ke Israel dan Jordan di sabotaj dan diletupkan lagi.
Dua letupan dipercayai angkara sabotaj berlaku di satu saluran paip gas antara Mesir, Israel dan Jordan, hari ini, sekali gus menjadikan ia kejadian ketujuh selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan.
Agensi berita MENA yang memetik kenyataan sumber keselamatan dan saksi melaporkan letupan pertama berlaku di kawasan Mazar, kira-kira 30 kilometer di barat pekan Al-Arish pada pukul 1 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia), manakala kejadian kedua yang lebih kecil berlaku di barat pekan tersebut berdekatan sebuah stesen minyak. – Reuters
“Siasatan yang dijalankan mendapati alat letupan yang diubah suai (IED) diletakkan di bawah laluan paip gas dan ia diletupkan dari jarak jauh.
“Penyerang mengunakan dua trak dan wayar tambahan ditemui di tempat kejadian,” kata sumber keselamatan Mesir.
Serangan tersebut menyebabkan gangguan penghantaran gas ke Jordan, namun tidak dapat dipastikan sama ada penghantaran gas ke Israel turut terjejas.
Kejadian sabotaj hari ini merupakan yang ketujuh sejak letupan pertama berlaku sehari selepas Mubarak digulingkan.
Mesir dan Israel mempunyai perjanjian gas asli selama 20 tahun yang mana Kaherah boleh mengeksport bahan tersebut ke negara jirannya itu.
Namun, perjanjian tersebut tidak disenangi rakyat Mesir dan kritikan dilemparkan terhadap rejim Zionis yang membeli gas dari Mesir pada harga yang terlalu murah. – REUTERS/AFP

Agaknya dah lama panas hati, terus kasi letup
Baca Post Lain yang Berkaitan:
- Paip gas untuk Israel diletup
- Bekas Menteri Pertahanan Israel bimbang rejim Mesir jatuh
- Israel cemas pantau perkembangan
- 14 rentung dalam kebakaran saluran paip minyak
- Empat cedera ringan dalam letupan dipercayai berpunca saluran gas bocor
- Tentera Israel rampas tanah petani Palestin
- Akhbar tipu imej Presiden Mesir
- Israel bom 3 terowong
- Bahan letupan ditemui di dua pantai Israel
- Israel tembak kapal bantuan