Saudagar batu permata hilang

September 14, 2010 | By | Reply More



Perkara-perkara Lain Yang Lebih Menarik
~ Klik Image Di Bawah ~


KUALA LUMPUR – Polis menyiasat kemungkinan kehilangan empat ahli perniagaan termasuk seorang saudagar batu permata warga India turut mempunyai kaitan dengan lapan lelaki yang ditahan berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Tiga rakyat tempatan yang hilang itu membabitkan seorang lelaki Melayu manakala dua lagi lelaki berketurunan India.

Polis menyiasat sama ada kehilangan tiga warga tempatan itu berlaku ketika mereka melakukan urusan perniagaan dengan peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan reman kelmarin.

Sumber itu berkata, saudagar batu permata bernama Alla Kantan Muthu Raja, 34, dari Chennai, India dipercayai hilang semasa dia melakukan urusniaga di Banting.

Kehilangan empat mangsa itu dilaporkan secara berasingan antara April dan Mei lalu.

Sejak itu tidak ada apa-apa petunjuk mengenai kedudukan keempat-empat mangsa itu.

kredit : kosmo.com.my

Perhatian! BHO Tidak Akan Bertangungjawab Di Atas Komen-Komen Anda

Tags:

Category: Berita, Jenayah, Tempatan

About the Author ()

Saya lahir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yg sekarang dikenali sebagai PPUM. Mak dan ayah berasal dari Bota, Perak. Sekarang melanjutkan/study balik di KTMP, KL dalam jurusan teknologi makmal perubatan dan insyaallah akan graduated pada Julai 2012. Pernah belajar di Poli Shah Alam pada Julai 2004 - Julai 2007 dalam jurusan kejuruteraan elektronik perubatan dan pernah bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat biomedikal swasta di Shah alam sebelum study di KTMP, KL.

Leave a Reply